One Two Jaga : Aku Takan Pandang Pekerja Asing Dengan Pandangan Yang Serupa Selepas Ini..

Oleh : Shafiq Mazlan

ULASAN FILEM ONE TWO JAGA (2018)

"Kami yang disyaki...
Kami yang dibenci..."


Kalau nak dibentangkan plot filem ni macam jawab soalan KOMSAS, pelajar yang dapat gred B untuk kertas Bahasa Melayu pun boleh buat - begitulah betapa ringkasnya plot filem ini untuk difahami oleh kau. 



 
Konfliknya, jalan ceritanya tidak terlalu susah untuk dihadam. Kalau kau nak tonton filem santai tanpa perlu berfikir sedalam-dalamnya, ini filem yang baik.

Menonton filem One Two Jaga (2018) macam merasai bagaimana segala apa yang kau fikirkan difilemkan. Benda-benda yang tak terluah seperti perasaan janggal, serba-salah dan 'clueless' bila berdepan dengan babak ironi, sangat menjadi dan ketara pada wajah Zahiril Adzim. 


Kau akan rasa macam "Bapak ah kalau aku jadi dia ni aku pun tak tahu nak respon apa."

Amerul Affendy, macam biasa, sangat hebat membawa watak. Bagi watak kelakar, serius, sendu, berkobar-kobar - semua dia boleh buat.

Aku tonton filem ni beberapa hari lepas dengan orang yang berurusan dengan imigran setiap hari, dan bila keluar wayang dia terus berkata, "Aku takkan tengok pekerja asing dengan pandangan yang serupa dah lepas ni." 


Terkesan bhai bila fikir balik apa yang depa hadap untuk teruskan hidup. Ini kau tak dapat kopi Setabak harian pun dah rasa hidup macam takdak makna dah.

Pihak berkuasa bukan maha benar. Mahu tak mahu kau kena akur ada bon yang palat - macam yang diketengahkan dalam filem ni. Aku harap lepas ni kita buat filem kritikan terhadap politikus dan monarki pula.

Filem dengan babak mencarut kelihatan lebih real sebab ia seakan tolong kau cakapkan betapa babinya keadaan dan orang. 


Kepada ahli bulatan gembira yang sopan, aku tidaklah katakan mencarut ni bagus. Tapi dalam keadaan kau tak boleh buat apa-apa, memang sedap babikan pihak berkuasa dan pemerintah. 

Kalau tak, takkanlah Sasterawan Negara Shahnon Ahmad pun PukiMak-kan Tun Mahathir - sebab kata-kata saja yang kau ada. Sayangnya, dalam filem ia ditapis.

Macam manalah kau boleh kata kita tak ada filem tempatan yang baik. Kau yang tak jumpa. Kau yang tak sokong. Kita mungkin kemiskinan filem yang baik tapi tipulah kalau kata tak ada langsung. Sekarang nah ini satu filem tempatan yang lain dari filem tempatan yang lain.

Penilaian peribadi : 8/10. Filem ini agak sedap, seperti menonton Se7en (1995) versi tidak thrill.

ACAB!

Related Posts