Bomba & Pengorbanannya.

Oleh : Syahril A.Kadir

BOMBA DAN PENGORBANAN TIADA TARANYA

Bukan sekali aku dengar orang bercakap...ala bomba ni berapa kali sangatlah rumah terbakar dalam sehari, berapa sangat kereta accident dalam sehari, berapa ekor jelah tangkap ular dalam sehari...kalau gi balai tu memanjang depa main karom dan sepak takraw...sekarang pulak dah ada Pertahanan Awam...lagilah relaks.

Nampak tak betapa kita hanya mengenang bomba bila ada kecemasan, kalau tidak, kehadiran mereka dipandang sepi dan seolah-olah tak wujud pun.



Soal elaun dan gaji tak payah cerita. Gaji permulaan adalah dalam RM1,300 sebulan. Malah bukan seorang anggota bomba yang aku kenal buat part time bawa Grab, kerja katering orang kahwin etc.

Anggota bomba yang juga pakar ular yang meninggal dunia Mac lepas akibat dipatuk, Allahyarham Abu Zarin Hussain hanya setakat dinaikkan pangkat dan mendapat pingat dalaman jabatan je, tak dengar bunyi pun lagi kot-kotlah dapat pingat keberanian negara ke, apa ke.

Filem mengenai bomba berjudul Qhaliq yang ditayangkan di pawagam baru ni pun tak laku. Aku dengar dapat kutipan dalam RM14,000 je sampai kena tarik tayangan. Takde sapa nak pergi tengok.

Dan haritu kita bersedih bila enam anggotanya terbunuh ketika sedang melakukan operasi mencari mangsa lemas di Taman Putra Perdana, Puchong.

Percayalah, dalam sehari dua ni banyaklah cerita yang boleh dibaca pasal pengorbanan keenam-enam ini...lepas tu semua senyap macam tu jelah.

Dalam kesempatan ini, aku harap marilah kita semua berdoa dengan sungguh-sungguh agar kesemua roh anggota ini dicucuri rahmat dan dimasukkan ke syurgaNya.

Jasa dan pengorbanan anggota dan pegawai bomba sebenarnya tiada tara. Bezanya mereka tidak membawa pistol atau M16. Senjata mereka hanyalah peralatan memadam api dan peralatan menyelamat serta kesungguhan menghadapi apa juga risiko walaupun terpaksa berkorban nyawa kerananya.

Al-Fatihah buat Mohd Fatah Hashim, (34); Izzatul Akma Wan Ibrahim, (32) ; Mazlan Omarbaki, (25), Yahya Ali, (24); Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Setidak-tidaknya ingatlah jasa mereka di saat otak kita dok kata budak bomba banyak main karom dan takraw di balai masing-masing.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Related Posts