Kisah Mendiang Inspektor Gunasekaran.

Oleh : Syahril A. Kadir

MENDIANG INSPEKTOR GUNASEKARAN

Sejarah tidak akan lupa apa yang terjadi pada 9 Jun 1980 sewaktu Tuan mengetuai 21 anggota polis Senoi Praaq masuk ke hutan di Ulu Kelantan untuk menyertai operasi khas memburu anggota komunis yang dinamakan OPS BAMBU.

Beberapa jam selepas berada di kawasan musuh, pasukan Tuan telah dihujani peluru komunis. Tembak menembak berlaku dengan hebat sekali.


Tuan kemudian secara diam-diam telah mara ke hadapan secara berseorangan untuk mencari posisi sesuai bagi membalas tembakan berkenaan.

Tuan sempat menembak mati seorang daripadanya namun malang menimpa apabila Tuan sendiri terkena tembakan di dada.

Tuan terjatuh.

 
Walaupun cedera parah, Tuan langsung tidak melepaskan genggaman senjata Tuan. Malah Tuan kemudian MENCABUT/ MENCUNGKIL SENDIRI peluru yang hinggap ke dada Tuan sebelum bangun semula dan terus melepaskan tembakan tanpa menghiraukan kesakitan yang ditanggung.

Tindakan 'luar biasa' Tuan ternyata mengundang kemarahan pihak komunis.

Tuan kemudian ditembak sekali lagi hingga jatuh buat kali kedua. Tuan akhirnya meninggal dunia di dalam hutan tebal itu dengan darah membuak-buak membasahi tanah air kesayangan Tuan.

Di atas keberanian yang luar biasa itu, Yang Dipertuan Agong telah menghadiahkan pingat keberanian kedua tertinggi negara Panglima Gagah Berani (PGB) kepada Tuan.

Apa yang menyedihkan kami, tak ramai di kalangan kami yang tahu pengorbanan Tuan.

Tapi tak mengapalah Tuan...warriors never die, they simply fade away.

SALUTE UNTUK MENDIANG INSPEKTOR GUNASEKARAN NAIDU A/L RATINAM, WIRA YANG DILUPAKAN!

Related Posts