UMRAH DIY - Risiko Yang Anda Patut Tahu.

Oleh : Zul Arifin Ketupat Palas 

Dah... ramai sangat tanya saya berkenaan Umrah DIY a.k.a Umrah pergi sendiri, beli tiket sendiri, hotel sendiri, transport sendiri, semuanya sendiri, jimat banyak katanya. Kecoh sekarang Lim Guan Eng lah, Najib Razak lah, habis semua politikus dipetiknya.


Saya cuba terangkan sebaik mungkin, semampu dan setaraf ilmu cetek saya insyaallah.

1. Setahu saya, tiada siapa pun boleh proses visa Umrah sendiri, melainkan melalui Agensi Umrah (selepas ini disebut TA) yang mempunyai muassasah, untuk mengeluarkan visa dan untuk ini, ada bayaran dikenakan. Maka untuk TA yang menyokong Umrah DIY (mereka takkan keluar dan komersialkan servis rahsia mereka ini) kemungkinan besar mereka memang bersedia dengan segala risiko.

2. Saya tak tahu ada mana-mana syarikat Umrah Malaysia yang ada rumah, pejabat dan petugas khusus dan terlatih dari kalangan anak Malaysia di Arab Saudi, yang sentiasa 24 jam ada petugasnya di Makkah dan Madinah melainkan PDC Travels. Maknanya boleh jadi Umrah DIY terdedah dengan masalah dan situasi yang sukar (al'iyazu billah) kerana PDC Travels memang tak layan Umrah DIY ni.

3. Setiap TA yang mempunyai muassasah di Arab Saudi, SR 200,000 perlu dibayar sebagai 'Security Deposit' di bawah nama Ministry of Hajj & Umra (Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi). Apakah fungsinya ? Yang ini panjang sikit ya. Bila jemaah kita buat masalah, melanggar undang-undang, masuk ke tempat terlarang, saman atau apa-apa tindakan undang-undang dikenakan, tiada siapa-siapa akan datang minta duit dari kami. Haaa .. mereka akan tolak dari akaun ini sebenarnya !! Maka adakah anda faham bahawa mana-mana Umrah DIY ini datang tanpa pembimbing, kursus, makluman terkini, pengetahuan undang-undang dan hidup di bumi orang atas 'common sense', yang sebenarnya mendedahkan pihak yang hanya dibayar untuk visa kepada kerugian yang besar. Saman di sini tak pakai ratus-ratus. Panjat gua Hira' pun samannya SR 5,000. Tahu ke?

4. Sambungan kepada point 3, sebab panjang sangat. Hehe . Apakah jenis masalah yang boleh menjadikan TA kantoi? Bila ada kecederaan, kematian, atau 'spotcheck' di mana-mana, tiba-tiba dalam lauhah (pandai-pandailah cari apa exact maknanya) hotelnya lain dari yang kita punya, detailnya berbeza dari yang sebenarnya. Maka ketika itu kita pun susunlah ayat 'baik punya' untuk minta 'jasa baik' orang lain bantu-bantu mana yang patut.

5. Sambung lagi dari point 4, kita kata kita dah bagi detail penuh kepada TA. Mustahil detail kita salah. Tuan/Puan, hotel yang anda ambil tu pelik-pelik. Tak semuanya ada dalam sistem. Dan anda tak boleh tengok pun dimana-mana apa yang diisikan dalam sistem tu. TA pun kena pandailah selamatkan diri. Takkanlah nak letakkan anda yang hanya membayar RM 400 di bawah jagaan mereka. Namun begitu, saya tak nafikan. Mungkin ada yang jujur. Wallahu a'lam.

6. Visa sahaja yang dikeluarkan, ianya memang dibolehkan. Asalnya TA keluarkan hanya bagi mereka yang betul-betul mahir selok-belok di sana. Contohnya kepada bekas pelajar di Arab Saudi, ataupun mereka yang pernah bekerja di sana. Selain dari itu, yang dilihat hanyalah risiko. Saya ulang, bila berlaku apa-apa, wang kami ditolak terus.

7. Bila kita rasa kita dah banyak kali datang, dah ramai kenalan, dah boleh akses info , akhirnya nak datang Umrah DIY. Sesuai ke? Jawapan saya tidak, selagimana Bahasa Arab kita belum kuasai. Saya pernah hubungi seorang kakak yang datang DIY (saya tak tahu macammana beliau boleh dapat visa sedangkan belum cecah 45 tahun), dan beliau langsung tidak boleh berbahasa Arab. Muassasah yang minta saya hubungi dan mereka tidak tahu bahawa kakak ini dan 11 orang keluarganya dah berada di Madinah pun!!

8. Kalau sungguh pun nak DIY, lantiklah seorang Mutawwif khusus yang akan jaga dan santuni anda, kalau boleh biarlah yang fasih berbahasa Arab. Kalau tak hebat macam Abdullah Azzam pun, setidak-tidaknya yang boleh "Aiwa" pun ok kut. Saya tak boleh halang Umrah DIY, anda bacalah sebaiknya. Kita doa, kita usaha, jangan lupa yang kita juga boleh diuji. Dan janganlah ujian itu sampai menyusahkan dan merugikan orang lain.

9. Tempat ini, tempatnya ilmu, tempatnya Ibadah. Dan paling penting, ini tempat orang. Jangan berlagak. Nabi ajarkan kita buat Umrah ramai-ramai (jemaah). Ada orang lain sama-sama tengok makan minum kita, sama-sama ajak kita pergi solat. Tempat ini pula sentiasa 'renovate'. Berbeza aturannya, berubah-ubah sistemnya. Kita rasa kita pandai, silap-silap kita datang buang masa.

10. Macam mana anda boleh kata, anda datang dengan ejen yang sah, visa yang sah, muassasah yang sah? Anda tak pernah tahu apa yang TA isi dalam sistem untuk 'lepaskan' anda, anda juga tak pernah berkomunikasi dengan muassasah, tiba-tiba kita boleh kata kita sah dan terjamin? Ini pelik juga sedangkan kami di sini pun kerjanya hari-hari update dan berurusan dengan muassasah, dan anda yang tak kenal siapa muassasah tu boleh yakin, itu memang hebatlah.

11. Umrah bukan semata-mata wang. Nak buat buku Umrah DIY, jangan tengok orang, jangan cerita wang semata-mata. Tulis sekali part keberkatan tu. Kalau isi borang pun menipu, Umrah apa tah jadinya.

Related Posts