Diskriminasi Terhadap Muzik Kpop Di Malaysia.


Apa yang berlaku? Pada hari neh, (11/1/2015) social M heboh memperkatakan tentang satu video klip yang merujuk kepada satu rakaman perempuan2 melayu kena peluk dengan artis KPOP.

Video tue menjadi viral di media sosial dan mendapat kritikan ramai pihak.

Lihat : Video wanita muslim rela dipeluk oleh artis KPOP.

Bahkan siap kena sindir dengan KJ lagi. Baca : KJ Sindir peminat KPOP di Twitter.

Okay. Ada sesuatu yang tak kena kat sini. Aku nampak diskriminasi dan bias. Aku tak pernah sokong mana-mana peminat2 lelaki mahupun wanita yang terjerit2, merendahkan maruah atau sanggup melakukan apa sahaja demi mana2 artis, aliran muzik atau ke atas sesiapa sekalipun. Tanpa kira bangsa atau agama atau apa. Bagi aku tindakan taksub itu terlalu jumud untuk dilakukan oleh manusia yang berakal seperti kita.

Kenapa aku kata diskriminasi?

Aku rasa ramai juga yang salah faham pada artis2 KPOP itu kerana mereka bersolek seperti artis wanita di atas pentas.

Tak kurang juga ramai yang salah faham asalkan KPOP mereka mesti operate dan wajah plastik.

Seolah-olah tiada seorang pun dalam bangsa korea itu yang cantik secara semulajadi. Orang cantik hanya wujud di Malaysia. Tidak wujud di Korea.

Asal saja dia Korean dia confirm takde kelopak mata.
Asal saja dia Korean dia confirm pemakan babi.
Asal saja dia Korean dia confirm kafir.
Asal saja dia Korean dia mesti minum arak.
Asal saja dia Korean dia mesti berwajahkan plastik.

Satu. Dua. Atau terdapat di antara artis-artis dan rakyat2 mereka yang membuat operation di wajah bagi menambahkan kecantikan bukan bermaksud kesemua yang terlibat dalam industri hiburan itu plastik atau rakyat Korean itu hodoh. Yang cantik, yang comel, yang kacak semulajadi pun ada. Sama aje macam di Malaysia. Ada macam-macam rupa tak la bermaksud semuanya plastik.

Sedang ramai orang tidak sedar bukan semua artis-artis Korea itu tidak beragama. Ada yang beragama Kristian bahkan ada yang tidak minum (arak), dan tidak semestinya makan babi. Sudah menjadi budaya mereka membersihkan menggunakan tisu dan sebagai manusia yang berakal ia adalah sesuatu yang kita patut raikan dan hormati selagi mana tindakan mereka tidak menjejaskan hidup kita. Tak pernah pula aku tengok mana-mana non muslim paksa muslim guna tisu seperti mereka.

Tapi kalau setiap kali nak bagi dalil agar orang2 kafir seperti mereka dibenci oleh manusia seperti kita, muslim macam kau semua akan gunakan hujah dia berak tak basuh. (rujuk salah sebuah posting di page politik yang kritik isu KPOP)**

Dia basuh. Dia guna tisu. Dan dia guna air juga. Dia tak tunjuk kat kau semua macam mana dorang basuh tetapi penggunaan tisu ialah salah satu dari medium yang digunakan untuk bersihkan diri dan kenapa ini merupakan masalah kepada umat Islam seperti kita agaknya sehingga ia juga menjadi antara dalil bagi mengkritik KPOP.

Wrong number. 

Cara kau semua menyalurkan kebencian ke atas tingkah laku peminat-peminat KPOP ini ialah salah, bias, diskriminasi, jumud, tidak berakal, tidak bertamadun, takde otak, bangang dan kau semua patut mati. Ya. Patut mati.

Bukan diri korang secara fizikal. Tetapi mentaliti dan pemikiran korang yang perlu mati. Kerana ia merosakkan dunia kita yang indah ini.

Aksi peminat-peminat KPOP yang taksub ini tidak pernah betul. Tetapi dalil yang digunakan untuk mengkritik tindakan mereka juga berada di laluan yang salah.

Gambaran. Seorang perompak mahu membetulkan seorang pencuri. Yang mengkritik dan yang menerima kritikan. Kedua-duanya mereka berada di landasan yang salah tetapi sedang cuba membetulkan pihak yang berlawanan di antara mereka. Mana mungkin.

Seperti KJ yang menyindir peminat KPOP tapi dalam waktu yang sama dia juga menyokong ke arah perkara2 yang melalaikan dan jahat seperti yang selalu dianjurkan oleh BN. 

Yang sebetulnya. Ye la. Meluat juga tengok wanita2 melayu itu membiarkan diri dipeluk oleh artis KPOP. So tegur la tindakan peminat yang taksub. Apa kaitan pula dengan kejahatan KPOP sedangkan industri hiburan Korea lebih baik, bagus, bijak, terbuka dan telus berbanding Malaysia.

Korea ada berapa banyak drama2 yang melawan dan menceritakan kejahatan tentang raja2 mereka.

Malaysia ada?

Korea ada berapa banyak drama2 yang menceritakan konspirasi politik.

Malaysia ada?

Korea punya drama berapa banyak yang mendapat perhatian dunia dan ditonton oleh jutaan manusia tanpa kira negara dan bangsa disebabkan jalan cerita, skrip dan lagu yang menarik.

Malaysia ada?

Korea punya drama mengajar manusia untuk berfikir.

Malaysia ada?

Balik2. Suami ku encik sotong. Isteri kena rogol. Perempuan kena kahwin paksa. Laki hisap dadah. Cinta terhalang miskin kaya. Lepas tue maharajalawak gelak hihi haha kutuk ASTRO kaw2 tapi SMS pilih pemenang maharajalawak. Artis non muslim buat konsert haram artis muslim buat konsert takde plak nak memekik bab haram atau boikot.

Nampak tak permainan umat Islam disini? Nampak?

Ada banyak masalah bila wanita muslim kena peluk dengan artis korea. Kau buat hashtag kejahatan kpop. Tapi artis muslim peluk artis muslim di drama, atau majalah atau gambar kau tak pula buat hashtag kejahatanartismalaysia. Atau hashtag kejahatanifaraziahgilapelukataspentas. 

Bukan kah Ifa Raziah artis melayu yang seksi sakan berpeluk dengan artis lelaki atas pentas. Mana kau semua yang meroyan kutuk peminat2 kpop neh. Mana? Konsert gila anjuran ASTRO tue kasi kutuk la sekali. Ke tak boleh sebab ada artis yang aku minat atau sebab ia dianjurkan di Malaysia atau sebab ada artis bertudung yang menyanyi join pertandingan maka taknak la buat hashtag menentangkejahatanartismalaysia kan.

Konon nak cakap pasal ISLAM. Nak tunjuk kau jaguh. Tapi bila apa2 yang melibatkan muslim kau akan amek pendekatan yang toleran. Kalau ia babitkan kafir laknat, kau akan jadikan, tunjukkan atau pastikan ia adalah kejahatan paling utama perlu kau tentang kerana ada penglibatan kafir disitu.

Jadi aku sakit.

Aku sakit melihat diskriminasi seperti ini. Aku sakit melihat umat islam yang double standard kat situ walaupun aku muslim. Aku juga sakit dan tak boleh terima tindakan umat islam seperti itu. Bagi aku mereka tidak benar2 memahami dan menilai kesalahan sendiri tetapi lebih mengemar mengangkat kesalahan kafir kerana kafir itu kafir dan mereka rasa mereka patut berbangga dengan diri mereka yang muslim itu. 

Dan aku sakit. Aku sakit melihat umat Islam yang sanggup memenuhi ruang media sosial untuk mengutuk artis korea tapi mereka tak pernah sekalipun nampak atau faham bahawa kewujudan riba di negara ini lebih teruk kesannya ke atas umat berbanding kewujudan artis korea. Kegagalan mereka ialah tidak susun masalah2 yang patut diselesaikan ikut tingkat kepentingan.

Untuk kau ubah pemikiran rakyat perlu kau ubah cara kita dianjurkan, dipaksa atau didoktrinkan untuk berfikir. Suasana di negara kita neh mengalakkan masyarakat kita untuk menjadi taksub dan menghilai tak tentu hala pada artis kerana negara kita mencegah manusia-manusia yang berfikir di luar dari kebiasaan.

Kita tak boleh persoalkan banyak benda atau kita akan dinerakakan.
Kita tak boleh pertikaikan banyak perkara atau kita ialah sesat.
Kita tak dianjurkan untuk bertanya.
Dan kita dicegah untuk berfikir.

Jadi rakyat kita cenderung kepada hiburan kerana ia satu-satunya medium yang kerajaan tak pernah larang atau persoalkan tindak tanduk kita ke atasnya.

Sebab itu kau tak boleh dan tak patut berkeras kepada anak-anak buah aku yang mengilaikan kpop itu.

Cara kita nak didik wanita2 ini, yang taksub ini ialah dengan cara mendidik mereka bahawa taksub itu salah.

Kau beli tiket konsert. Kau kayakan mereka dik. Mereka dapat bergaya dan memenuhi tuntutan hidup mereka bersandarkan atas minat kau kepada mereka. Jadi berpada-pada la minat mereka dik. Ada batasannya. Jangan over. Kita mungkin boleh beli CD mereka bagi meraikan perniagaan mereka atau menghargai seni yang mereka hasilkan. Tapi jangan rendahkan diri dengan menjerit2 macam orang histeria atau membiarkan diri kita dipeluk2 mereka kerana pada sangkaan artis korea, kita seperti gila nak dipeluk oleh mereka. Jadi peminat yang matang dan itu tidak merendahkan level kita sebagai manusia.

Pada saat peminat2 ini terdidik dengan budaya fanatisme itu merosakkan, mereka akan tersedar diri sikap mereka itu salah dan mula membetulkan keadaan. Mereka masih ada banyak ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan. Maka kau semua jangan sibuk jadi penghukum dan penghina yang tak bertauliah. Kewujudan korang sama teruk dengan mereka yang kau semua hinakan.

Dalam satu sisi yang lain, aku melihat muzik KPOP ialah aliran muzik yang harus diraikan secara terbuka.

Kalau kau tengok drama-drama korea, ada banyak lagu2 yang baik diselitkan dalam drama tersebut bagi menghidupkan jalan cerita. Dan lagu-lagu itu selalunya dinyanyikan oleh KPOP IDOL (ialah istilah yang digunakan terhadap boyband, girlband di Korea). Takan semua yang tonton Kdrama dan minat dengar lagu2 tersebut turut dianggap sebagai meminati kpop yang jahat pula.

Sekali lagi aku ulang.

Tidak walau sekali pun KPOP memaksa mana2 peminat mereka untuk menjadi taksub. Apabila kau taksub, itu ialah diri kau sendiri yang patut kau persalahkan bukan KPOP atau aliran mana-mana muzik sekalipun. Apabila terdapat mana-mana peminat yang taksub maka kepada peminat-peminat itula yang kau patut kritik bukan kepada KPOP.

Dan sekali lagi aku ulang.

Drama-drama terbitan Korea adalah bertaraf antarabangsa dan terdapat banyak drama dan filem yang mengajak manusia berfikir.

Lagu-lagu nyanyian mereka juga lebih terbuka dalam melakukan kritikan bila ia melibatkan ketidakadilan.

Malaysia. Rakyat Malaysia. Melayu dan muslim di negara ini. Sangat jauh ketinggalan berbanding mereka. Riba pun kau tak berani lawan bahkan tak pernah lawan malahan siap membela lagi. Kapitalis pun kau tak pernah lawan bahkan tak pernah kritik malahan siap sokong lagi. Agamawan pun kau tak pernah tegur bahkan tak mahu tegur malahan siap taksub lagi. Maka siapa la kau untuk mengatakan industri kpop itu penuh kejahatan sedangkan kejahatan industri seni di negara kau sendiri pun kau tak pernah bendung.

Bukan aku kata pada semua. Aku tahu di luar sana ada yang benar2 konsisten melawan segala bentuk kejahatan. Maka bila aku membaca kritikan mereka aku nampak kebernasan disitu. Orang yang jenis melawan semua jenis kejahatan dan susun pula ikut tingkat kepentingan tidak akan memaki KPOP atau menghina peminat2 KPOP yang histeria. Ia hanyalah akan dibuat oleh muslim yang ikut ikutan dalam melakukan kritikan dan bodoh.

Ya. Ikut-ikutan dan bodoh.

Kalau kau mahu tahu. Itulah yang aku katakan kepada manusia-manusia yang wrong number dalam menyampaikan risalah kebenaran.

Related Posts