Masih ingat lagi satu kes yang cukup kontroversi di negara ini apabila seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di dapati mengandung dan melahirkan anak apabila dirogol oleh seorang lelaki pada Ogos lalu?
Insiden tersebut mulai terbongkar apabila portal berita tempatan melaporkan budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan bayi lelaki di klinik swasta selepas dibawa bapa saudaranya selepas mengadu sakit perut. Bagaimanapun, bayi terbabit yang dilahirkan dengan satu kilogram itu meninggal dunia akibat radang usus pada usia lapan hari.
Lelaki yang disyaki merogol budak perempuan berusia 11 tahun sehingga melahirkan bayi lelaki telah pun ditahan polis pada khamis.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, suspek tersebut berusia 30 tahun ditahan di rumah keluarganya di Kota Bharu, Kelantan, ketika sedang tidur kira-kira 6 pagi.
Katanya lagi, suspek sebelum ini sering bertukar lokasi tempat tinggalnya bagi mengelak ditahan polis apabila mengetahui dia diburu polis berhubung kes rogol terbabit.
"Bagaimanapun, hasil risikan polis, suspek berjaya diberkas dengan bantuan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu", katanya dalam satu sidang media di IPD Jempol. - SeMbangPress.