Zeti Kekal Sebagai Gabenor Bank Negara Hingga April 2016 - Sumber BNM.


Laporan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan meletak jawatan sebagai Gabenor Bank Negara hanya spekulasi.
Pengesahan itu dibuat Sinchew Daily selepas mendapat maklumat daripada sumber dalaman daripada Bank Negara.
Portal berbahasa Cina itu melaporkan, tempoh perkhidmatan Zeti sebagai Gabenor Bank Negara akan tamat sehingga April tahun depan.
Ia bermakna beliau akan berada dalam perkhidmmatan untuk tempoh enam bulan lagi.
Sebelum ini, Zeti dilaporkan pernah mahu meletak jawatan kerana mengalami masalah kesihatan walaupun terdapat dakwaan ia mempunyai kaitan dengan pembabitannya dalam siasatan skandal 1MDB.

Related Posts