Rakyat Kini Terima GST Kata Ahmad Maslan.


Bercakap kepada pemberita di Alor Setar, Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelaskan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai program bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat. Ini kerana rakyat mahu melihat hasil GST dikembalikan kepada mereka dalam pelbagai bentuk.

"Mereka tidak marah lagi pada kerajaan," ujar Ahmad Maslan.

"Mereka tidak akan marah lagi kepada kerajaan seperti sebelum ini kerana kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu rakyat meningkatkan pendapatan menerusi pelbagai cara.

"Program seperti e-rezeki yang dilancarkan sebelum ini dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat," katanya lagi seperti yang dipetik menerusi portal Free Malaysia Today.


Ahmad Maslan juga menyarankan kerajaan perlu memperbanyakkan program bagi meningkatkan pendapatan rakyat dengan menggunakan hasil kutipan GST itu bagi membuktikan kerajaan mengembalikan hasil cukai itu kepada rakyat.

Menurut Ahmad Maslan, Najib akan membentangkan hasil kutipan GST kepada rakyat dalam pembentangan Bajet 2016 Jumaat depan.  -SeMbangPress.

Related Posts