Gambar2 Serangan Paris, 153 Sah Terkorban - Militan Islam Dikaitkan Sebagai Punca Keganasan.

Jurugambar Turut Membawa Mangsa Terkorban

Antara YG Menjadi Korban Nahas Serangan Bom
Lokasi Restoran Yang Menjadi Sasaran Penyerang
Orang Awam YG Berjaya Loloskan Diri

Perancis dalam keadaan terkejut dan sedih susulan serangan pengganas di beberapa lokasi di sini yang mengorbankan kira-kira 153 orang ketika berita ini dilaporkan. Angka kematian bagaimanapun masih belum jelas dalam serangan yang hampir serentak di restoran, dewan konsert dan berdekatan stadium malam tadi (waktu tempatan).

Susulan dari nahas malang itu, Perancis mengumumkan darurat nasional dan menutup semua pintu sempadannya selepas ratusan orang awam termasuk pasukan polis maut dan cedera dalam kejadian serangan bom dan letupan di ibu kota Paris.

Polis Perancis juga mengesahkan semua penyerang kini dipercayai mati namun pasukan polis masih memburu kemungkinan ada suspek lain. Dalam serangan di Bataclan, empat turut maut apabila penyerang meletupkan diri sendiri ketika polis semakin menghampiri.
Pegawai polis Paris, Michel Cadot berkata, sebelum itu suspek melepaskan tembakan rambang menggunakan mesingan sebelum masuk ke dewan konsert menyebabkan lebih ramai maut.
Cadot berkata, sebahagian penyerang berada dalam premis Stade de France - stadium kebangsaan di utara Paris - dan hampir pada masa sama beberapa penyerang lain mengganas di kawasan pusat bandar.
Dalam perkembangan terkini, AFP melaporkan lebih 200 lagi cedera, 80 daripada mereka parah.

Walaupun masih belum jelas, ada laporan-laporan mengaitkan serangan ini dengan pengganas Negara Islam (IS) yang berpangkalan di Syria. Stadium yang waktu itu sedang melangsungkan perlawanan persahabatan antara Perancis dan Jerman bertukar kelam-kabut selepas kedengaran ledakan bom di luar stadium. 

Salah seorang saksi memberitahu kepada 'Radio France', bahawa salah seorang penyerang memasuki dewan Bataclan dan melaungkan 'AllahuAkhbar' sebelum melepaskan tembakan.

Menurut media Perancis ;
  • 112 terbunuh di dewan utama Bataclan
  • 14 terbunuh di Rue Bichat berhampiran restoran Le Petit Cambodge
  • 19 terbunuh di Rue de Charonne, di luar bar La Belle Equipe.
  • 4 terbunuh di lokasi Avenue de la Republique.
  • Manakala 4 yang lain terbunuh di Stade de France, Saint-Denis, kawasan utara Paris.

Serangan hampir serentak di beberapa lokasi kawasan yang berlainan.
Lapor saksi kejadian lagi, penyerang2 memakai pakaian berwarna hitam dan bercakap dalam bahasa Perancis. Mereka menyerang orang awam dengan cara menembak secara rambang dan apabila orang awam jatuh tersungkur ke lantai, mereka menghabiskan serangan dengan mematikan mangsa dengan menembak di kepala. Mangsa2 maut serta merta di tempat kejadian.
Menurut pihak polis Perancis, 4 dari penyerang yang mati terbunuh memakai bahan letupan di tali pingang. - SeMbangPress.
Infografik Serangan
Sumber gambar : BBC & TWITTER.

Related Posts