Anak-Anak Ini Jual Makanan Dengan Harga 20 Sen, Di Ajar Tentang Kesusahan Masyarakat, Bagaimana DGN Anak2 Anda?


Untuk bantu orang-orang miskin dan susah yang memerlukan makanan lebih murah, pasangan dua beradik ini telah menjual beberapa jenis makanan seperti bubur ayam, dadih, cekodok pisang, mi goreng dan sandwich yang kebiasaannya dijual pada harga lebih RM1 dengan hanya 20 sen setiap satu.

Kisah berkenaan mula viral apabila perkara berkenaan dilaporkan oleh Harian Metro dan mendapat pujian netizens.

Pasangan dua beradik itui dikenali sebagai  Iman Sufiah Muhamad Taufik, 10 dan adiknya Iman Aueisha Muhamad Taufik, 8 memulakan perniagaan sejak 9 Disember lalu di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Damansara.

Memetik laporan Harian Metro,  Sufiah berkata, mereka hanya menyediakan 150 bungkus makanan setiap hari dan projek amal ini adalah projek cuti sekolah yang dijalankan setiap tahun sejak dia berumur 7 tahun lagi.
Ibu kepada usahawan cilik ini, Siti Nurhuda Samsudin, 35, berkata dia memberi sokongan penuh kepada anaknya selain berharap mereka dapat belajar erti kehidupan serta nilai memberi kepada golongan susah.

“Saya tidak menghalang apa sahaja kehendak anak dan sentiasa memberi semangat kepada mereka. Saya tahu harga yang dijual itu murah dan tidak mendatangkan untung tetapi untuk beramal, niat perlu ikhlas.

“Saya buat semua ini untuk kebajikan, tetapi terkejut apabila ramai yang menjadikan situasi itu sebagai bahan bualan sehinggakan ada yang membeli barang jualan kami dalam kuantiti yang banyak.

“Semuanya bermula selepas saya melihat cerita orang susah yang banyak dipaparkan di televisyen, laman Facebook dan Internet. Hati saya cepat tersentuh dan kasihan melihat mereka kerana tidak mampu untuk membeli makanan,” ujarnya. Sekiranya makanan-makanan yang dijual tidak habis, kedua beradik ini akan mengagihkan makanan-makanan tersebut kepada orang awam di Pasar TTDI secara percuma.

Kanak-kanak 10 & 8 tahun ini sudah memahami erti kesusahan dan dididik untuk membantu dan mengubah keadaan, bagaimana agaknya dengan anak-anak kita? Adakah kita mendidiknya dengan permainan, gaya hidup moden dan kesenangan berbanding turun padang dan meninjau kesusahan masyarakat?

Renung-renungkanla.

Related Posts