Lori Bauksit Langgar Lari - Polis Nasihat Buang Kes Kata Pengadu.

Viral di laman sosial kini ;


Disebarkan oleh page King Jason dan kini dikongsikan sebanyak 749 kali (setakat artikel ini dikemaskini) di laman facebook.

Seorang pengadu yang menjadi mangsa angkara bauksit menulis di ruangan komen bahawa anaknya menjadi mangsa kes langgar lari yang melibatkan lori bauksit. Disebabkan kemalangan tersebut dia terlantar melebihi sebulan kerana pergerakan yang terhad.

Pemandu lori berkenaan bukan sahaja enggan mengakui kesalahan bahkan keluarga mangsa dinasihati agar membuang kes kerana perkara tersebut berkaitan dengan sultan.

Pengadu juga mempersoalkan nasib yang di alami oleh anaknya kerana menjadi mangsa dalam insiden kemalangan tersebut.

Sebelum neh netizens meluahkan rasa kemarahan terhadap pemandu-pemandu lori bauskit rentetan kemalangan yang menyebabkan seorang guru sekolah maut.

Guru tersebut dikenali sebagai Norlaili Ahmad Zabidi, berusia 40 tahun, maut apabila tayar salah sebuah lori pengangkut bauksit tercabut dan melanggar kereta yang dipandu oleh suaminya.

Allahyarhamah Norlaili Ahmad Zabidi meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya terselamat.
 
Kejadian ini ialah kejadian kali kedua yang melibatkan orang awam yang maut angkara bauksit. Pada beberapa bulan lepas, seorang remaja mati lemas apabila mandi di kolam takungan bauskit yang mudah dicerobohi tanpa papan tanda amaran/larangan. - SeMbangPress.

Related Posts