Review Dilwale : Sebuah Filem Hindustan Yang Buang Masa.

Membaca tweet penulis ZF Zamir di media sosial membuatkan aku terpanggil nak buat review filem Dilwale.


Nama filem : Dilwale 

Pengarah : Rohit Shetty

Pelakon utama : Shah Rukh Khan (Khali/Raj), Kajol (Meera), Varun Dhawan (Veer) & Kriti Sanon (Ishita).

Durasi filem : 2 jam 30 minit.

Aku menonton filem neh pada minggu lepas dan menyesal.

Perlu diakui aku terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan oleh rakan-rakan tentang Dilwale. Kesilapan itu datangnya dari diri sendiri.

Sebelum tu aku ada membaca beberapa artikel tentang filem Dilwale yang mana menyatakan bahawa filem ini ditolak di India. Atas alasan Shah Rukh Khan melakukan sesuatu tindakan penghinaan kononnya. Maka boikot dilakukan oleh masyarakat India ke atas filem Shah Rukh Khan bagi mengajarnya agar jangan besar kepala.

Aku pun macam pelik-pelik sikit. So, ianya diboikot kerana sentimen. Bukan sebab filem ini teruk? Itu tanggapan awal.

Dan ini sipnopsis yang buatkan aku menyesal menonton filem ini. Perlu diingatkan mungkin ada beberapa babak yang aku terlepas pandang/tertinggal disebabkan kegagalan aku untuk focus semasa menonton filem Dilwale. Memang menjadi tabiat aku sejak dari dulu lagi jika sesuatu filem tersebut 'tak best' aku takan mampu nak focus. Salahkan filem tersebut yang tak best, jangan salahkan diri aku yang memilih hanya untuk focus menonton filem-filem yang best.

Review.

Khali (SRK) ialah anak angkat kepada salah seorang DON (gangster/Vinod Khanna) yang terkenal di Bunglaria. Don tersebut juga mempunyai seorang anak kandung yang bernama Veer. Khali menguruskan perniagaan haram bapa angkatnya dengan begitu berjaya sehingga salah seorang DON yang juga gangster terkenal di Bunglaria merasa terancam. DON (Khabir Bedi) tersebut ialah bapa kepada Meera (Kajol).

Oleh kerana merasa tergugat dengan kecemerlangan Khali, maka Khabir merancang mengumpan Khali dengan menggunakan anak perempuannya, Meera (Kajol). Maka bermula la babak di mana Meera dan Khali bertembung dalam sebuah kemalangan yang dirancang. Khali pun tah hapa-hapa boleh terus jatuh cinta. Lepas sehari dapat no telefon. Selepas sehari, dapat dating 5 minit. Selepas sehari dapat tahu yang Meera menipu dia. Rasanya tak sampai seminggu kot. Haha. Btw, ini babak flashback. Khali mengingati semula kisah silam yang membuatkan dia dan Meera berpisah.

Ketika babak Meera membongkarkan identitinya kepada Khali bahawa dia anak kepada Khabir Bedi, Meera membebel tah hapa-hapa kat Khali yang sedang kesakitan akibat kemalangan. Seriyus skrip macam gampang. Takde isi. Aku ingat babak tu patutnya Meera blah dengan senyuman pun dah cukup sentap. Ini membebel macam mak nenek. Buat cacat filem ja.

Disebabkan kena tipu dengan Meera, maka Khali mencari Meera selepas pulih dari kecederaan. Meera pun melarikan diri. Mereka main kejar-kejar guna kereta. Meera nak accident, Khali selamatkan. Selepas tu diakhiri dengan ungkapan, lain kali jika Meera jumpa dia lagi better Meera lari sebab nanti Khali bunuh. Perghh. Haram nak rasa cair. Rasa nak penyepak ada la.

Meera pula balik sambil berfikir-fikir. Menangis. Berduka. Macam sakit putus cinta. Padahal kenal tak sampai seminggu pun. Gila betul.

Kemudian jumpa Khali, minta sambung dan bagitau bahawa dia betul-betul sukakan Khali. Minta maaf sebab mempermainkan Khali dan beria duduk dalam hujan untuk membuktikan bahawa dia berkata benar dan ikhlas terhadap Khali.

Mereka kemudiannya bercinta semula. Dan ketika Khali dan Meera nak mengikat kasih dengan mengadakan perjumpaan dengan kedua-dua belah ahli keluarga, bapa Meera mati dibunuh. Khali tengah pegang pistol. Mengadap mayat bapa Meera. Meera masuk. Tanpa tanya, terus tembak Khali. Masa Khali dalam kereta ketika kemalangan reti pula membebel macam-macam. Time gawat macam neh tak reti pula soal selidik. Kat sini aje membuktikan akal Meera neh sakai. Kemudiannya, mereka terus berpisah begitu aje. Khali tinggalkan semua kerja-kerja gangsterism dan buat kerja-kerja yang sah disisi undang2 dan mengubah identiti kepada Raj. Meera pula bertukar tempat tinggal dan membawa adiknya kerana terkesan dengan kematian bapanya, malahan mempercayai Khali membunuh bapanya.

Kemudian, kembali ke masa hadapan. Sama macam Khali, Veer adik angkat Khali pun dan-dan jatuh cinta bila pertama kali bertentangan mata dengan Ishita. Bermula la babak pikat memikat antara Veer dan Ishita sehingga la mereka bercinta dan minta restu dari abang Veer, si Raj (Khali yang tukar identiti). Raj bersetuju memberi restu dan mengatur perjumpaan dengan kakak si Ishita. Tiba di rumah kakak Ishita rupa2nya si Meera bekas kekasih dia. Dan kekonon kat sini la pengarah dan penulis skrip cuba wujudkan konflik padahal takde apa pun sebenarnya. Kalau Khali bagitau aje terus terang, oii Meera, aku tak bunuh bapa kau la. P la siasat betul-betul. Jangan main tuduh-tuduh aje lepas tu tembak orang sebarangan. Nasib baik aku tak mati.

Saja nak meleret-leret. Kemudian Raj pulang dan beritahu bahawa Veer dan Ishita tak boleh disatukan. Raj enggan dedahkan kenapa. Lalu Veer bertanya kepada kedua-dua kawan baik Raj dan mendapat tahu citer bahawanya Raj dan Meera dahulunya bekas kekasih yang terputus hubungan. Maka bermula la babak-babak Ishita dan Veer cuba menyatukan hubungan Raj dan Meera semula. Semuanya gagal sehingga la Meera dibawa lari Raj ke satu tempat sunyi semata-mata nak bagitau bahawa bukan dia yang bunuh bapa Meera. Meera kemudian dapatkan pengesahan dari bekas orang kuat no 1 mendiang bapaknya. Dan mendapati citer Raj adalah benar. Dan Meera dan Raj pun berbaik-baik dan bercinta semula. Dan kononnya dengan berbaik2 semula itu selepas 15 tahun terpisah dek salah sangka la itulah yang dikatakan Dilwale, hati besar.

Itu sahaja.

Moral dari cerita neh. Takde.
Unsur yang cuba diwujudkan? Hanyala sekadar elemen cinta.
Skrip yang tak menarik. Nak kata biasa-biasa pun susah juga sebab aku jarang sangat layan cerita cinta. Jadi aku tak tau citer cinta yang biasa-biasa neh macam mana konsepnya. Apa yang ternyata, badan sasa, wanita seksi, kereta modified, wang, cuba dijadikan bahan penarik dalam cerita neh padahal kita semua tahu itu hanyalah penipuan semata-mata. Cinta yang sebenar ialah cinta yang mana pasangan kita ada bersama kita time susah, senang, sakit, jatuh, sihat, bermasalah atau tidak.

Aku tak pasti kenapa ada orang puji-puji filem neh. Tetapi ini yang aku nak katakan, jika nak buang masa tonton la filem tak menarik dari SRK neh. Jika nak menjaga kualiti masa, jangan sesekali tonton filem neh. Seriyus, tak best langsung.

Bintang? Suku dari 5 bintang.

Suku bintang untuk props rumah SRK yang cantik. Itu je yang aku suka dalam filem neh. Satu-satunya. 

Related Posts