Bukan semua ibu mempunyai susu badan yang banyak. Ya, walaupun kita sering mendengar para jururawat memberitahu kepada kita bahawa tiada ibu yang tiada susu badan tetapi itu semua tak selalunya benar pada sesetengah ibu.
Apa yang membuatkan sesetengah ibu tidak mempunyai/kekurangan susu badan selepas bersalin?
Ada beberapa faktor.
- Baru pertama kali melahirkan anak.
Bagi yang pertama kali bersalin, sememangnya tidak mustahil untuk si ibu tidak mempunyai/kekurangan susu badan pada hari pertama dan kedua. Ianya normal. Walaupun tak semua ibu-ibu yang melahirkan anak kali pertama tak mempunyai susu. Ada yang mempunyai susu badan yang banyak juga.
- Tekanan emosi.
Ya, persekitaran, perasaan, dan layanan suami serta keluarga terhadap si ibu yang baru bersalin memainkan peranan pada penghasilan susu badan.
- Pemakanan.
Bagi si ibu yang kurang makan, terlalu kurus, terlalu ingin berdiet selepas bersalin, kurang minum air juga boleh menyebabkan susu badan tiada/kurang.
Dan biasanya si ibu akan dinasihatkan agar jangan tertekan, mesti berfikiran positif, sentiasa tanamkan azam bahawa 'aku mahu susukan anak' ketika di hospital bagi mendorong ibu-ibu agar menyusukan anak mereka.
Dan selalunya ramai ibu-ibu tahu tentang tips-tips di atas. Namun sayangnya ia tidak semestinya memberikan kesan dari segi penghasilan susu pada sesetengah ibu.
Bahkan, si ibu sentiasa dinasihati agar kerap menyusukan anak, sentiasa pam susu, perlu kerap kosongkan payudara dari susu agar susu sentiasa banyak. Itu juga tak semestinya memberikan kesan dari segi penghasilan susu pada sesetengah ibu.
Sebenarnya apa yang penting dalam penghasilan susu badan ialah ;
1. Makan hidangan utama 3 kali sehari. Lebih2 lagi jika anda terlalu kurus dan tidak mempunyai lemak badan elokla jaga makan bagi memastikan penghasilan susu badan. Untuk yang badan berisi, lemak2 badan akan bertukar menjadi susu bagi memastikan penghasilan susu jika si ibu ingin berdiet dengan menjaga pengambilan kalori.
2. Kerap menyusu bayi. Ya, ini benar jika anda menjaga pemakanan anda. Kerap menyusu tidak akan membantu menghasilkan susu ibu jika anda tidak jaga makan dan kurang minum air.
3. Perlu minum air kosong (tiada kalori) lebih dari 8 gelas sehari. Kekurangan air akan menyebabkan penghasilan susu ibu tergangu.
4. Jauhi air gas & kafein.
5. Dapatkan bantuan supplement untuk tambahkan susu badan di farmasi.
6. Jangan lupa makan pil Kalsium dan B Complex supaya si ibu kekal cergas ketika menyusukan anak. Ketika menyusukan anak, zat2 si ibu akan berpindah ke anak melalui susu badan. Bagi memastikan si ibu tidak kekurangan zat, si ibu patut mengambil makanan tambahan untuk keseimbangan sistem tubuh. Bila ibu sihat bermaksud sistem badan ibu sihat dan seterusnya sistem badan yang sihat itu dapat menghasilkan susu yang banyak juga susu yang sihat!
7. Pastikan bayi anda benar-benar menyusu. Bukan mengepam' puting. Bayi yang tidak menyusukan dengan betul akan menyebabkan penghasilan susu badan turut tergangu.
8. Selain dari air kosong, si ibu juga digalakkan untuk minum susu dengan kerap. Susu ibu akan bertambah pekat.
9. Kenali pemakanan anda. Si ibu yang menyusukan anak perlu perhatikan jenis-jenis makanan yang diambil setiap hari bagi meneliti penghasilan susu. Sesetengah jenis makanan akan membantu menghasilkan susu ibu dengan banyak dalam kadar yang cepat manakala sesetengah makanan pula tidak. Ia bergantung kepada ibu itu sendiri memandangkan tahap hormon setiap manusia adalah berbeza-beza. Lain ibu, lain hasilnya.
Penyusuan bayi dengan susu ibu bukan sahaja menjimatkan bahkan ia membantu si bayi merasa erat dalam gengaman dan pelukan si ibu. Semoga para ibu sentiasa istiqomah dalam menyusukan bayi dengan susu ibu. Utamakan susu ibu untuk bayi anda, lupakan yang lain.
Oleh Kaki Tips.
Gambar oleh Google.