3 Sebab Kenapa Perempuan Perlu Tahu Memasak.

 
Perlu lagi ke perempuan ke dapur? Kedai kan banyak. Ada segelintir teman yang admin jumpa, yang kurang ke dapur memberikan jawapan untuk mencari lelaki pandai

" Ish perempuan, belajarlah tinggi mana. Akhirnya ke dapur juga "

Ini adalah bebelan yang sering admin dengar sewaktu admin kecil dulu. Iya lah masa itu masih mentah, kerjanya nak memanjat, main kejar-kejar, kalau pakaian pula memang jauh lah dari baju kurung. Tak lekat dek badan. Meningkat remaja, mula lah bonda suruh ke dapur. Belajar itu ini. Admin masa itu memang tak fikir apa. Disebabkan admin memang minat ke dapur, jadi tidak lah persoalkan apa apa. Masa berubah, admin meningkat dewasa.

Siapa tidak mahu suami seperti Chef Sherson Lian yang tampak lagi hebat memasak.

Sekarang admin nak kongsi cerita tentang peningkatan dewasa. Bebelan disuruhnya ke dapur sudah mula hilang cuma keluhan rakan-rakan sahaja admin dengar. Bagi admin, zaman sudah moden. Perlu lagi ke perempuan ke dapur? Kedai kan banyak. Ada segelintir teman yang admin jumpa, yang kurang ke dapur memberikan jawapan untuk mencari lelaki pandai memasak, makan di kedai, fastfood, carikan orang gaji dan macam-macam lagi lah. Jadi admin pun, apa lagi. Keluarkan senjata iaitu buku dan kertas dan mulakan soal siasat CSI tentang

1) kenapa perempuan tahu memasak

2) penting sangat kah perempuan untuk tahu memasak?

Hasil daripada soal siasat dan temubual admin, akhirnya terjawab lah sudah semuanya.

" Penting ke perempuan untuk tahu memasak? "

Penting

Admin tanyakan mengapa. Dan jawapan yang diberikan dirangkumkan sekali. Maka terjawablah kedua-dua soalan admin. Katanya penting terutamanya apabila dah memasuki ruang gerbang perkahwinan. Kalau nak tambat hati suami, haruslah bermula dari perutnya. Kan? Tapi salah ke untuk mereka yang tidak tahu memasak? Jawapannya pula adalah tidak salah. Semua boleh diajar dan boleh belajar. Cuma mahu atau tidak sahaja. Jadi sekarang, apakah kelebihan bagi perempuan yang tahu memasak?

1) Senang hati mak mentua

Kalau dah kahwin, bila mak mentua datang. Senang hati dia nampak anak lelakinya dijaga rapi, diberi makan yang dimasak sendiri oleh isteri tercinta. Lebih-lebih lagi kalau masa mak mentua buat kejutan. Datang secara mengejut. Biarpun rasa tak menang tangan melayan, tapi jika kita tunjukkan semangat, rasa ikhlas di hati memasak dan hidangkan juadah kepadanya, insyaAllah lembut hati. Tentang rasa makanan? Janganlah terlalu bimbang. Yang penting usaha. Sedap atau tidak, letak tepi. Bukan apa, kurang manis jika nak hidangkan lauk-pauk beli di kedai pula. Sedangkan diharapkan oleh mentua untuk merasa makanan juadah dimasak oleh menantu perempuannya.

2) Pengikat kasih suami dan anak-anak

Admin percaya, suami dan anak-anak gembira keluarga pun mesti bahagia. Meskipun lauk dihidang hanya biasa-biasa sahaja, tetapi itulah pengikat rasa kasih antara keluarga. Banyangkan di sekolah, anak anak anda boleh bicara ceria bersama rakannya tentang hebatnya masakan ibu mereka. Jika anda risau tentang makanan. Jangan risau, teruskan mencuba. Bukan sekali masak boleh terus rasa keenakkannya. Cuba dan terus mencuba, siapa tahu nanti siap orang tanya pula dari mana resipi juadah yang anda masak.

3) Jimat dan sihat

Bukankah belanja seharian makan di luar itu tidak memadai jika dibandingkan dengan anda membeli bahan dan masak sahaja di rumah. Juga tambahan, anda tahu kandungan bahan yang digunakan. Adakala di kedai, sudahlah mahal, rasanya pula tidak sedap, dan bahannya pula? Entah siapa yang tahu apa yang digunakan. Jika anda masak sendiri, kelebihannya adalah anda boleh sukat penggunaan bahan perencah dan anda boleh gunakan hanya sedikit bahan yang mengandungi MSG kerana MSG tidak bagus untuk dalaman. Bukan kah satu kelebihan? Sudahlah jimat, tidak perlu berbelanja banyak untuk masak, penggunaan bahan pula dari bahan yang sihat. Bagus bukan?

Walaupun kelebihannya tidak banyak, cuba anda renungkan. Jika anda hanya bergantung pada makanan luar. Apa akan jadi dengan kesihatan anak-anak anda, dan suami juga mungkin akan rasa lemau untuk pulang. Bukan kerana apa, cuma kalau lapar mesti disajikan meggi mee sahaja. Sedih bukan? Janganlah terus lari tidak mahu praktikkan memasak. Meskipun sibuk dengan urusan kerja, keluarga harus diutamakan. Cuba pikat suami, anak-anak serta mentua anda dengan belajar memasak masakan kesukaan mereka. Mungkin pada awalnya rasanya agak kurang enak, tapi jika anda tidak berputus asa, anda mungkin akan sehebat Chef Wan. Kan?

Bagi anda yang merasakan memasak ini sesuatu yang meremehkan, cuba letakkan jika orang lain yang pandai mengambil hati suami dan anak-anak anda dengan masakan mereka, dan bukannya anda. Apakah perasaan yang mungkin anda rasa? Insan yang anda sayang bergantung pada masakan orang lain dan bukan ibu atau isteri mereka. Kerana sikap anda yang malas untuk memasak atau mencuba untuk memasak. Sedih bukan?

Perlahan-lahan kayuh.

Ingat cerita chef KFC?

Beratus kali jatuh, beliau bangkit.

Dan sekarang? Yum yum hebat kan!

Jom ketung-ketang di dapur!
 
Oleh : Ikahwin.

Related Posts