(TIPS) 7 Cara Buat Duit Dengan Blog.

“Peh, RM1,000 sebulan!”
Tapi tu biasa sahaja.
Ada blog yang boleh dapat sampai RM100 ribu.
Ratus ribu pun ada.
Tak mustahil kan nak buat duit dengan blog?
Berapa banyak cara untuk buat duit dengan blog?
Dalam blog post ini saya kongsikan kepada anda tujuh cara buat duit dengan blog. Ada yang anda dah tahu, dan ada yang anda mungkin tak pernah dengar lagi.
Apa pun, jom tengok senarai yang saya sediakan untuk anda ini.
Buat Duit Dengan Blog Adsense
buat duit adsense dengan blog
Adsense ialah salah satu produk Google.
Anda buat duit apabila orang klik pada iklan itu.
Kadang-kadang dapat US$0.10. Kadang-kadang dapat lebih.
Setiap klik nilainya berlainan.
Tip: Pasaran kewangan biasanya mempunyai kadar paling tinggi.
Tapi itu tidak semestinya bermakna yang blog yang dibuat dalam pasaran kewangan sahaja. Boleh juga buat dalam pasaran seperti kesihatan, kurangkan berat badan dan lain-lain.
Selalunya lagi berkualiti konten anda, lebih ramai orang akan datang ke laman web anda dan akhirnya menyokong anda dengan klik pada iklan-iklan tersebut.
Biasanya Adsense ini digunakan di dalam blog-blog berbahasa Inggeris (tetapi ada juga laman blog seperti laman blog ini yang dibuat dalam bahasa Malaysia).
Contoh blog yang saya buat ialah Malaysia Loans dan juga blog ini sendiri. Ada juga satu lagi iaitu Tempat Pelancongan yang masih lagi baharu.
Saiz iklan yang boleh digunakan
Anda boleh memilih pelbagai jenis saiz iklan. Ada yang resize ikut saiz skrin. Kalau anda di desktop, nampak besar. Kalau anda di telefon bimbit, dia akan mengecil mengikut saiz itu. Anda juga boleh pilih link sebagai iklan di dalam Adsense ini.
Ya, pilihan anda memang banyak. Warna pun boleh ditukar. Anda nak contrast? Anda nak yang sebati dengan keseluruhan blog anda?
Pilih sahaja jenis iklan apa yang ingin dipaparkan.
Anda juga boleh menapis iklan yang dipaparkan. Sebagai contoh, ada rasakan ada iklan yang bagi anda tidak selesa, anda boleh tapis iklan tersebut daripada terus dipaparkan di blog anda.
Sebagai contoh sebagai seorang Muslim, kita tak nak iklan berkaitan judi ataupun syarikat yang mempromosikan gejala yang kurang baik – kita boleh tapis iklan tersebut daripada dipaparkan di blog kita.
Ni sorang tunjukkan cara nak keluarkan duit Adsense di bank-bank tempatan dan jumlah yang dia dapat daripada program Google Adsense ini.
Terdapat banyak cara untuk mengoptimumkan pulangannya.
Nanti mungkin kami di Kokotiam ni boleh kongsikan tips-tip bagaimana untuk memaksimakan Adsense ini.
Tip: Di blog, kami menggunakan Easy Adsense untuk memudahkan kami menambah iklan di tempat-tempat yang strategik.
Buat Duit Dengan Blog Amazon
cara buat dengan blog: amazon
Yep. Anda boleh buat duit melalui blog anda menggunakan Amazon.
Syarikat ini diasaskan oleh Jeff Bezos pada 6 Julai 1994.
Di Amazon, anda boleh promosi produk fizikal.
Biasanya untuk blogger yang menulis untuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.
Produk yang biasa terjual ialah produk elektronik seperti televisyen, set Hi-Fi dan juga buku.
Terdapat juga produk-produk lain seperti baju, movie, permainan kanak-kanak, dol, trak Hotwheels dan macam-macam lagi. Amazon ni boleh diibaratkan seperti Mid Valley Megamall dan anda boleh dapat peratus keuntungan daripada produk yang ada di dalamnya.
Cara Buat Duit Dengan Blog Nuffnang
nuffnang
Merupakan iklan Pay Per View (PPV) ataupun Pay Per Click (PPC). Selalunya dikira dalam Cost Per Mille (CPM). Mille bermakna seribu dalam bahasa Latin dan biasanya digunakan di dalam dunia pengiklanan.
Ramai bloggers sudah berjaya menjadikan Nuffnang sebagai sumber pendapatan mereka.
Ada yang membuat sampai RM15k hasil daripada Nuffnang. Tidak ada yang mustahil kalau ada trafik yang banyak dan pengiklan sukakan anda. (Saya ada tulis mengenai konten yang menarik orang untuk membaca).
Cara Buat Duit Dengan Blog Chitika
chitika
Sesuai untuk pasaran luar negara (terutama sekali Amerika Syarikat).
Chitika berfungsi dengan melihat apa kata carian yang dicari oleh mereka yang datang ke laman web anda.
Kalau pandai tackle pasaran luar negara, memang sedap layan ni. Boleh guna untuk gabungkan dengan pendapatan Adsense. Ada yang guna teknik Chitika + Adsense untuk memastikan blognyamembuat lebih banyak duit kerana Adsense dan Chitika bersaing untuk mendapatkan pandangan mata dan klik daripada pelawat.
Malangnya sekarang (tidak silap saya), Chitika dan Adsense tidak boleh digunakan di dalam laman yang sama.
Tapi anda boleh gunakannya di tempat di post-post tertentu di dalam blog anda (dan pastikan anda matikan Adsense di dalam post tersebut).
Cara Buat Duit Dengan Blog Advertorial

Ni advertorial yang anda biasa lihat di dalam majalah, cuma bayangkan... di dalam blog anda.
Ni advertorial yang anda biasa lihat di dalam majalah, cuma bayangkan… di dalam blog anda.


Membuat blog post informatif yang sebenarnya iklan di blog anda.
Advertorial selalunya ialah mengenai produk orang lain (atau anda sebagai duta produk tersebut).
Anda berpeluang untuk menggunakan produk orang lain secara percuma.
Selalunya produk berjenama akan mencari bloggers yang mempunyai ramai pengikut untuk menulis advertorial untuk produk-produk mereka.
Nivea. Chanel. Mungkin juga kereta seperti Mitsubishi, Subaru mahukan publisiti… jadi mereka mengupah blogger untuk menulis mengenai mereka.
Tapi biasanya di Malaysia ni produk-produk kecantikan yang pakai advertorial melalui blog. Skin scrub, shampoo, pencuci muka, ubat jerawat.
Supplemen pun ada.
Anda akan selalu nampak advertorial ini di dalam blog perempuan.
Jika anda ada wajah yang menawan, jangan terkejut kalau ada syarikat datang melamar untuk mempromosikan produk mereka melalui advertorial di blog anda.
(Rasa dunia ni tak adil sebab perempuan cantik dapat banyak advertorial request?, jangan bimbang — yang penting anda cuba cari rezeki yang halal dan cuba yang terbaik. Selalunya anda akan dapat hasil yang lumayan nanti)
Cara Buat Duit Dengan Blog Affiliate
buat-duit-dengan-affiliate
Anda boleh cuba jual produk orang dan mendapat komisyen setelah berjaya menjual produk tersebut.
Untuk produk digital, selalunya peratus komisyen agak tinggi. Dari 40% sehingga 70%.
Amazon sebenarnya menggunakan konsep affiliate ini, tetapi sebab Amazon tu besar, saya buat satu subtopik semata-mata untuk tu.
Antara tempat untuk dapatkan produk affiliate: Clickbank,Ashadee, Klikjer, Shareasale, Commission Junction, danLinkShare (Rakuten Marketing)
Terdapat banyak kategori yang boleh anda pilih.
Di Clickbank sebagai contoh: di dalam Marketplacenya, anda boleh memilih lebih daripada 10 kategori besar, daripada Kesihatan & Kecerdasan, kepada Bahasa, kepada Bisnes dan macam-macam lagi.
Untuk pasaran tempatan, boleh pilih Ashadee ataupun Klikjer. Kedua-dua ini ialah tempat untuk mendapatkan produk digital untuk dijual kepada orang ramai.
Di dalam blog juga saya menjual produkproduk dari Ashadee dan Klikjer. Seperti yang anda lihat, produk-produk itu bukanlah produk skim cepat kaya. Ianya buku dan juga panduan berhenti merokok.
(Di Ashadee, ada e-book yang ajar macam mana nak buat duit dengan Klikjer)
Jangan meletakkan satu kekangan dalam pasaran apa yang boleh buat duit. Macam-macam pasaran yang ada di luar sana.
Pilih.

Jual buku ajar bahasa Inggeris pun boleh buat duit, okay? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
Jual buku ajar bahasa Inggeris pun boleh buat duit, okay? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Dan jangan berhenti mencuba.
Cara Buat Duit Dengan Blog jual produk sendiri (fizikal ataupun digital)
semangat-kerja
Salah satu cara paling besar margin untuk buat duit ialah dengan buat produk sendiri.
Produk sendiri bermakna anda boleh memilih berapa banyak keuntungan yang anda mahu dapatkan.
Nak 50%? 30%? 70%?
Ini mungkin sukar terutama sekali kalau tak pernah buat produk. Tapi jangan bimbang, ada sumber untuk membuat e-book pertama anda. (Di KelabIM, saya ada kongsi sedikit tips-tips buat iklan dan juga macam mana anda boleh promosikan produk anda)
Anda boleh menggunakan pelbagai teknik pemasaran untuk memasarkan produk anda.
Anda boleh gunakan blog anda untuk meuar-uarkan mengenai produk anda.
Anda juga boleh menambah elemen pemasaran affiliate untuk memasarkan produk anda
Anda boleh tentukan berapa banyak yang ingin anda kongsikan bersama affiliate anda
Bonus: Buat duit dengan jual servis di blog
Anda juga boleh menjual servis anda melalui blog.
Tunjukkan bakat anda dengan menunjukkan apa yang anda boleh buat.
Letakkan sampel kerja anda di dalam blog. Biar orang datang dan biar dia kagum dengan hasil kerja anda.
Dan buat duit dengan servis anda.

Penutup Cara Buat Duit Dengan Blog

Itu dia. 7 cara nak buat duit dengan blog. Simple kan? Cuba lihat mana yang sesuai dan apply yang mana anda rasa boleh jadi.
Yang penting ialah anda ambil langkah pertama untuk menjadikan blog anda mesin duit anda sendiri.
Cuba dahulu satu demi satu cara di atas. Mungkin ada yang sesuai untuk blog anda. Ada masalah dengan satu cara buat duit, cuba cara lain. Jangan terlalu cepat menyerah.
Jangan anggap sesuatu tamparan itu sebagai kegagalan, tetapi anggap ia sebagai satu eksperimen.
Dan anda boleh terus bereksperimen sehingga jumpa cara yang sesuai untuk anda.
Any comment? ðŸ˜€
Oleh : Abdul Rahman

Related Posts