(TIPS) 7 Perkara Penting YG Perlu Ada Sebelum Mula Berdiet!

Untuk memulakan diet ia bukanlah boleh dimulakan dengan semudah itu.
Seperti contoh, hari ni. Anda di depan cermin, rasa macam gemuk pula. Jadi dalam fikiran, ‘esok nak mula diet lah ‘.
Adakah anda akan lakukan?
Kemungkinan besar tidak kan.
Nanti pasti akan rasa malas tiba, rasa macam barang keperluan tak cukup lah. Alasan tiada makanan selain daripada nasi lah.
Memang akan jadi macam macam alasan.
Adakah ia alasan alasan itu munasabah? Sudah pasti ya.
Nak diet, bukannya boleh makan nasi. Jadi kalau makanan lain selain daripada nasi tiada. Susah pula kan.
Nak diet, perlukan ilmu dan strategi, mental pun kena kuat, tapi kalau tiba tiba esok semua nak berubah. Memang susah juga.
Jadi, kalau anda fail untuk mulakan diet secara tiba tiba esoknya, jangan rasa down sebab semua orang akan fail juga. SEBAB?
SEBAB TIADA PESEDIAAN UNTUK MULAKAN DIET.
Dan dalam artikel ini, kami akan share beberapa perkara penting untuk pastikan anda tahu dan dapat dahulu sebelum mulakan.
Kiranya persediaan lah ni.
  1. Ilmu diet
Diet ni, nampak macam alasan untuk menurunkan berat badan sahaja. Dari luaran lah, tapi dari segi dalaman macam macam juga yang berlaku. Seperti contoh peringkatnya, mula mula diet anda akan buang berat air dahulu, lepas tu baru berat lemak. Bila berat air memang cepat untuk dikurangkan, dan untuk berat lemak, memang perlukan masa sedikit. Buat anda yang tidak tahu, pasti akan rasa kenapa sebelum diet turun banyak, tapi sudah lama lama turun sedikit sahaja.
Inilah yang dimaksudkan dengan ilmu, normal untuk menurunkan berat air badan anda, memang mudah berbanding dengan lemak yang semamngnya memerlukan masa.
Cara terbaik untuk mendapatkan ilmu ialah bukan sahaja dengan mendapatkan buku diet, malah juga pengalaman daripada mereka yang telah pun berjaya melakukannya.
Anda boleh luangkan masa di mencarinya di internet sana.
Dengan pengetahuan pemakanan yang tidak sihat juga boleh membantu anda, seperti contoh dengan pengetahuan ini anda tahu sesetengah makanan yang memang akan membuatkan kandungan lemak anda meningkat. Dengan pengetahuan yang anda, insyaAllah anda akan lebih berhati hati bukan.
  1. Mentally set to diet
Kunci utama ialah berfikir positive untuk anda usaha ubah hidup anda kepada yang lebih sihat. Jadi nak tak nak, anda terpaksa break bad habit yang asyik nak makan sahaja makananan yang tidak elok.
Lebih baik jika anda goal anda sendiri.
Biasanya ia memerlukan anda untuk merangka jadual harian beserta target yang anda ingin capaikan. Seperti contoh 2 minggu pertama dengan diet atkin, insyaAllah boleh turunkan berat at least 5kilogram.
Jadi dari sini, dengan progress week by week anda boleh dapat agak dah bila berat ideal anda akan dicapai.
  1. Jadual Harian – Plan your diet
Jadual ini, boleh diletakkan pelbagai detail yang anda mahu.
Seperti contoh, catat pengambilan karbohidrat yang anda ambil. Jangan lebih daripada 20g contohnya kalau anda mengamalkan diet atkin.
Dengan jadual juga anda boleh setkan target untuk berat ideal yang anda ingin capai seperti yang dimaksudkan sebentar tadi.
  1. Barang Makanan
Mesti ada shopping juga kan. Pemilihan makanan ini mesti ada pengetahuan di ilmu diet no satu kita di atas tadi juga. Kalau tiada ilmunya takut takut kita pilih makanan yang salah pula.
Seperti contoh free sugar 3 in 1 tu. Namanya sahaja free sugar, tapi masih lagi tidak boleh atas sebab sebab faktor yang lain. Pendek kata tak boleh percaya, anda mesti lihat juga isi kandungan yang terdapat di dalam makanan juga.
  1. Penimbang
Nak turun berat, mesti ada sahabat sejati anda. Iaitu penimbang, inilah yang menentukan berat anda turun atau tidak.
Kalau tak ada si penimbang ni, tiada sapa tahu. Mungkin boleh nampak dari saiz yang makin kuang, tapi kan lagi sedap kalau tahu juga berapa yang turun.
  1. Tali pengukur
Selain penimbang berat badan di atas, tali pengukur juga penting. Untuk anda rekod dalam jadual target anda di atas tadi.
Ini kerana, kadang kadang bila anda sudah diet, tapi bila timbang anda rasa tak turun mana pun.
Dalam peringkat ini, cuba anda kira ukur lilit anda berapa. Pasti sudah kurang sedikit, sebab dalam diet, tak semestinya mesti berat sahaja yang akan turun, kadang kadang ukur lilit anda juga akan berkurangan.
Anda boleh dapatkan tali tape yang biasa kita lihat sejak dari dulu lagi.
  1. Tali skipping/Stationary Bike
Tali skipping bukanlah alat yang pasti anda ada. Tapi ia sebagai penambah sahaja.
Lagi pun tali skipping antara senaman karbio yang membakar lemak lebih tinggi dari jogging. Jadi apa salahnya kan. Atau gunakan sahaja basikal senaman. Ia boleh didapati di pasaran pada harga serendah rm200 jika anda pandai mencarinya.

Related Posts