Kenali Tanda-Tanda Autisme & Cara Rawatan Anak Autisma.

Apakah itu autisma?  

Ia merupakan penyakit gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal. Nama autisma itu sendiri berasal dari perkataan Greek autos yang membawa maksud ‘sendiri’ dan menurut Bleuler, autisma membawa maksud ‘melarikan diri dari realiti’.

Autisma juga dikategorikan sebagai satu penyakit psikiatri menurutThe Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th Edition (DSM 5) dan dikenali sebagai ‘Autism Spectrum Disorder‘(ASD) dalam DSM 5. 

Kanak-kakak yang mempunyai penyakit ASD ini akan mempunyai masalah dari segi sosial, komunikasi verbal atau nonverbal dan masalah tingkahlaku. Perubahan di dalam aspek-aspek ini boleh di lihat seawal antara usia 2 hingga 3 tahun. 

Penyakit ini tidak sama dengan penyakit attention deficit hyperactive disorder (ADHD). Namun ada sebilangan kanak-kanak yang boleh mempunyai kedua-dua penyakit ini sekali.
Menurut Garis Panduan Klinikal Pengurusan Autisma Malaysia, satu kajian menggunakan MHCAT (Mental Health Computerized Adaptive Testing) di kalangan kanak-kanak di antara usia 18 hingga 36 bulan di klinik kesihatan Ibu & Anak-Anak  Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan kelaziman ASD di Malaysia adalah kira-kira 1.6 dalam 1000 kanak-kanak. 

Kajian juga menunjukkan bahawa autisma adalah empat hingga lima kali lebih biasa di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Penyakit autisma boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan sosial.

Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui namun terdapat beberapa faktor risiko untuk autisma. 

Di antaranya ialah ;

- usia ibu dan bapa yang meningkat, 

- masalah lahir pra matang (< 33 minggu), 

- masalah perkembangan otak disebabkan faktor genetik,

- masalah fungsi otak terganggu seperti jangkitan,  

- masalah semasa kehamilan atau kelahiran 

- faktor genetik iaitu sejarah autisma dalam keluarga.



Ciri- ciri Autisma

Kemahiran sosial – interaksi sosial / pemahaman
Hubungan sosial sangat terhad: Tidak boleh berkawan atau tidak bermain dengan orang lain

Tiada hubungan mata atau terhad

Tidak melihat objek atau peristiwa yang dilihat ibu bapa atau ditunjuk kepada mereka

Tidak menunjuk kepada objek atau peristiwa kepada ibu bapa untuk melihat mereka

Tidak suka dibelai atau dipeluk dan tidak mahu diperlakukan sedemikian

Kesukaran dengan memahami isyarat sosial

Ketawa atau senyum tidak sesuai dengan keadaan

Tidak menunjukkan minat

Hanya menyertai kumpulan bila dibantu atau didesak

Kemahiran komunikasi – bahasa
  • Melibatkan semua mod komunikasi : pertuturan dan bahasa , intonasi , gerak isyarat , ekspresi wajah  dan bahasa badan. Iaitu melibatkan  kedua-dua bahasa reseptif dan ekspresif
  • Perbualan satu pihak
  • Mengulang percakapan mengenai perkara yang sama
  • Tiada main olok-olok
  • Tingkah laku – terhad, aktiviti yang berulangan
  • Tidak suka perubahan
  • Mengulangi sesuatu  perbuatan
  • Mengibas-gibaskan tangan
  • Suka memutar objek

Cara mengendalikan anak yang autistik berbeza antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak autistik yang berusia 1 1/2 tahun boleh dipaksa dan diasingkan tempat lain jika didapati tingkah lakunya mengganggu keadaan. Tetapi , jika dia sudah berusia lebih daripada tiga tahun dan mempunyai tabiat yang degil , ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak -kanak autistik ini dan mempelajari cara -cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah -kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah.

Peluang untuk melawat sahabat - handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti -aktiviti  seperti membeli belah , nersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan.

Kanak -kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya , mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Kelatihan mental boleh menggugat kesihatan mereka.

Adik -beradik kepada kanak -kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalah emosi. Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang kerumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Ada pula yang mungkin memberi komen -komen yang tidak membina dan menyinggungperasaan keluarga ini.


Jika anda dapati anak-anak atau anda sendiri mempunyai ciri-ciri autisma…. Jangan panik!. Walaupun penyakit autisma tidak boleh disembuh, ia boleh dirawat.

Rawatan

Terdapat pelbagai jenis rawatan yang secara amnya boleh dibahagikan kepada kategori berikut:

Pendekatan Kelakuan dan Komunikasi

Terapi Carakerja

Terapi carakerja mengajar kemahiran yang membantu individu hidup berdikari sebanyak yang mungkin. Kemahiran termasuk berpakaian, makan, mandi , dan yang berkaitan dengan komuniti.

Terapi Integrasi Deria

Terapi integrasi deria banyak membantu individu dengan maklumat deria, seperti pemandangan, bunyi, dan bau. Terapi integrasi deria boleh membantu kanak-kanak yang terganggu oleh bunyi-bunyi atau tidak suka disentuh.

Terapi Pertuturan

Terapi pertuturan membantu meningkatkan kemahiran komunikasi individu. Sesetengah individu dapat mempelajari kemahiran komunikasi lisan. Bagi orang lain, menggunakan gerak isyarat atau papan gambar adalah lebih realistik .

Terapi tingkah laku dan komunikasi  direka untuk membetulkan gejala tertentu dan boleh membawa peningkatan besar. Kebanyakan profesional kesihatan bersetuju bahawa lebih awal intervensi dilakukan, lebih baik keputusannya.

Ubatan

Tiada ubat yang boleh menyembuhkan ASD. Tetapi ada ubat yang boleh membantu sesetengah individu dengan gejala-gejala yang berkaitan. Sebagai contoh, ubat mungkin membantu menguruskan masalah hiperaktif, masalah  tidak mampu fokus, kemurungan atau sawan.

Kesimpulannya, jika anda ada kemusykilan, anda boleh meminta doktor anda untuk rujukan kepada pakar yang dapat melakukan penilaian yang lebih mendalam untuk anak anda. Pakar-pakar yang boleh melakukan penilaian yang lebih mendalam dan membuat diagnosis termasuk: Pakar perkembangan kanak-kanak (doktor yang mempunyai latihan khas dalam perkembangan kanak-kanak dan kanak-kanak istimewa) dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak & Remaja (doktor yang mengetahui soal minda manusia)


Kumpulan Sokongan

www.hati.my
www.autismmalaysia.com
www.autism.my
www.nasom.org.my
www.pr4a.org.my
www.spectrummuminmalaysia.com
www.myautisticmalaysia.com
Kumpulan Sokongan IbuBapa Kanak-Kanak Autisme - Facebook.

Sumber rujukan : Blog Pak Yoep
Dr. Nazariah Aiza Harun (mmgazette)
Google Image
Facebook kumpulan sokongan Autisme.

Related Posts