Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Drama Sejarah Korea?

Oleh : Azzah Abdul Rahman

APA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARI DRAMA KOREA? 

Melalui drama sageuk (sejarah) Korea, kita dapat tahu: 

• Pakaian rasmi raja Joseon (Dragon Robe) warna merah, putera mahkota warna biru gelap.

• Pakaian rasmi raja Goryeo ada macam-macam warna. 

• Pakaian eunuch (sida-sida) warna hijau zamrud. 

• Raja Goryeo boleh ada beberapa permaisuri dalam satu masa. 

• Raja Joseon ada satu permaisuri dalam satu masa. Isteri lain berpangkat concubine (gundik). 

• Anak raja Goryeo boleh berkahwin sesama sendiri, asalkan berlainan ibu. 

• Semua perempuan bekerja dalam istana adalah milik raja, dan hanya boleh pandang seorang lelaki sahaja iaitu raja. 

• Setiap hidangan kepada raja, permaisuri, putera / puteri akan dicuba oleh court lady (istanawati / dayang) terlebih dahulu di hadapan mereka bagi memastikan ia selamat daripada racun. 

• Ada pas masuk istana yang diberikan kepada pekerja berjawatan atas dan orang-orang tertentu sahaja. Pas ini diperbuat daripada kayu dan dianugerahkan oleh raja sendiri.

• Bukan senang untuk masuk menghadap raja. Apabila dapat peluang pun, tidak semua diberi melihat wajah raja - ada tabir direntangkan. Jadi, rakyat memang tidak kenal wajah raja dan seluruh keluarganya. 

• Court lady dilatih sejak seawal usia 4 tahun dan komited untuk tidak berkahwin. Mereka duduk di dalam istana. Melakukan kerja-kerja halus seperti memasak dan menjahit. 

• Court lady dipilih daripada keturunan noble (bangsawan). Manakala water maid (hamba yang buat kerja kasar seperti mencuci dsb) adalah daripada keturunan orang kebanyakan. Mereka boleh berkahwin dan duduk di luar istana. 

• Court lady dan water maid kedua-duanya boleh 'naik pangkat' menjadi gundik ikut sesuka hati raja. Gundik boleh naik pangkat menjadi permaisuri. 

• Baju tidur orang istana semuanya desain yang sama dengan baju harian, hanya berwarna putih keseluruhannya. 


Foto: Salah satu deskripsi kostum istana di seksyen drama sejarah di MBC World. Ini pakaian Jang Geum semasa masih dalam latihan sebagai Court Lady.

Related Posts