Penyembah Tuhan Matematik.

Oleh : The Patriots


PENYEMBAH TUHAN MATEMATIK 

Pada kira-kira tahun 700 sebelum masihi, terdapat suatu gerakan 'agama' ataupun mungkin lebih tepat dipanggil sebagai 'kultus' (cult) yang menyembah matematik sebagai entiti Tuhan. Kultus ini berasal daripada Pythagoras, seorang ahli matematik ulung Yunani. 

Pythagoras mempunyai falsafah bahawa matematik merupakan kunci rahsia kosmos, alam dan kehidupan. Falsafah ini merupakan integrasi mistik dan matematik. Malah, perkataan 'mathematics' ini dicipta oleh Pythagoras yang bermaksud 'disiplin belajar'. 

Pythagoras dan mengikutnya (Pythagorean) lebih cenderung dan sesuai digelar sebagai ahli falsafah metafizik yang menjadikan nombor sebagai pusat doktrin mereka. Menurut Pythagorean, nombor merupakan entiti hidup dan prinsip sejagat yang meresap segalanya bermula dari langit sehinggalah pada etika manusia. 

Falsafah Pythagoras ini telah menjadi satu bentuk kepercayaan bahawa matematik itu bukanlah ciptaan manusia, tetapi ia mampu wujud tanpa wujudnya manusia. Suatu persamaan matematik, tidak dicipta, tetapi ditemui oleh manusia. 

 Pythagoras mendefinisikan nombor pada dua asas utama, iaitu Intelektual dan Sciential. Intelektual bermaksud nombor mempunyai keabadian. Nombor merupakan akar dan fundamental untuk segala-galanya. Sciental pula bermaksud produk ataupun hasil daripada nombor tersebut. 

Manifestasi fizikal matematik yang membentuk realiti. Ketaksuban Pythagoras pada nombor bermula daripada eksperimennya ke atas muzik dan pemerhatiannya ke atas angkasa. 

Pythagoras cuba untuk memahami hubungan antara matematik, muzik dan angkasa. Sebenarnya ada kisah bagaimana Pythagorean pada masa itu melihat nombor sebagai suatu bentuk manifestasi fizikal yang membentuk realiti. Tetapi penerangan itu memerlukan gambar rajah. Jadi, nak terangkan dalam tulisan, takut tak faham. 

Kronologinya, Pythagoras menemui bagaimana nombor boleh manifestasi dalam bentuk fizikal. Selepas itu, Pythagoras menemui bagaimana susunan tetali yang betul dapat menghasilkan harmoni muzik yang cantik. 

Selepas itu, Pythagoras menemui bagaimana nisbah 1:1, 1:2, 1:3 dan seterusnya dapat menghasilkan melodi yang berbeza-beza. Pythagoras merasakan hubungkait antara keharmonian muzik dan susunan nombor yang cantik ini merupakan suatu bentuk 'kosmos' (beautiful order of things) dan 'harmonia' (fitting together). 

Dalam astronomi, Pythagoras sendiri percaya bumi berbentuk sfera kerana bentuk yang paling sempurna, tertinggi dan mempunyai nilai estetik dalam matematik adalah bentuk sfera. 

Dia juga menyatakan setiap planet bergerak mengikut orbitnya sendiri. Pembentukan buruj dan bintang di langit diperhati oleh Pythagoras mempunyai kecantikan bentuk dan matematiknya yang tersendiri. 

Maka, Pythagorean sendiri terpesona dengan kejadian ini di mana gerakan bintang planet dan keharmonian muzik bergantung pada matematik untuk wujud dan manifestasi kecantikannya. Dikatakan Pythagorean mampu mendengar muzik daripada gerakan planet-planet di angkasa. 

Antara lain yang membawa idea Pythagorean adalah 'cosmic opposite' yang menyatakan setiap perkara mempunyai pasangannya masing-masing. 

Gaya hidup mereka pun lebih cenderung pada vegetarian. Mereka juga percaya pada kehidupan abadi dan perpindahan roh. 

Menurut Pythagorean, Tuhan bukan ahli matematik, tetapi MATEMATIK ITU SENDIRI ADALAH TUHAN.

Related Posts