Dewasa ini ramai orang muda mengadu tak dapat buat pinjaman dari bank disebabkan hutang PTPTN. Ada yang merasakan tidak adil kerana sebaik saja tamat pengajian mereka dah dibebankan dengan hutang pengajian.
Tidak kurang juga ibu bapa muda yang mengeluh sebab risau kos pendidikan anak-anak mereka pada masa akan datang. Kos pengajian makin meningkat.
Nak buat simpanan untuk diri sendiri tidak mencukupi, apatah lagi nak buat simpanan untuk pendidikan anak-anak.
Percayakah anda?? Tanpa mengusik duit gaji bulanan, kita masih boleh sediakan tabung pendidikan untuk anak-anak. Ok hari ni saya akan share macam mana nak sediakan tabung pendidikan dengan hanya guna duit kopi.
Ok saya definasikan duit kopi ni sebagai duit yang kita guna untuk minum petang-petang, duit untuk keluar minum malam-malam.
Senang cerita duit yang kita guna untuk beli makanan yang bukan keperluan. Katakan duit makan kita bajet RM15 sehari. Dalam RM15 ni biasanya duit kopi kita bajet dalam RM3-RM4.
So dari duit kopi ni la kita ambil untuk simpan sebagai dana pendidikan anak kita tapi jangan la potong semua duit kopi tu. Nanti tak dapat nak minum pula.
Kita ambil la RM2.50 – RM3 sehari untuk simpan. At least dapat la juga minum Teh O secawan.
Persoalannya…. Cukup ke kalau simpan RM2.50 – RM3 sehari untuk tabung pendidikan anak?
Yuran belajar dah la beribu-ribu. Di bawah ini adalah yuran pengajian untuk 3 universiti tempatan.
USM
Yuran pengajian : RM 8500 (Fakulti Perubatan)
Yuran penginapan : RM 5320 (RM5 sehari x 19 minggu x 7 hari x 8 semester)
Total yuran : RM 13,820
UTM
Yuran Pengajian : RM 8700 (Fakulti Kejuruteraan)
Yuran Penginapan : RM 5320
Total yuran : RM 14,020
UKM
Total Yuran : RM 19,500 (Fakulti Kejuruteraan & Senibina. Yuran termasuk yuran pengajian & penginapan)
Kita ambil kiraan mudah jumlah yuran belajar untuk seorang anak RM20 000 (2017). Katakan anak kita baru lahir. Kita ada tempoh 18 tahun lagi untuk anak kita masuk universiti.
Anggaran yuran belajar anak kita 18 tahun akan datang (2035) adalah RM40,516. (Anggaran inflasi 4% setahun).
Berbalik kepada persoalan asal..
Cukup ke kita simpan RM2.50-RM3 sehari untuk dapatkan RM40,516?
Ok jom kita buat kira-kira. Kalau kita simpan RM2.50-RM3 sehari, sebulan boleh dapat RM75-90.
Kalau simpanan ni kita simpan di tempat yg beri pulangan 10% setahun selama 18 tahun, kita boleh dapat hasil lebih kurang RM41,000-RM53,000.
Amacam, dah percaya duit kopi cukup untuk buat simpanan pendidikan anak? Fuhh… biar benar… kalau simpan RM3 sehari siap boleh dapat duit belanja masa belajar lagi.
Tak perlu simpan duit banyak-banyak pun untuk sediakan duit pendidikan anak.
Yang penting simpan dari awal & guna ilmu. Apa tunggu lagi.. Jom la mula menyimpan sekarang..!!