Voice (Korean Drama) - Suatu Ulasan.

Quick recap para pelakon drama dan krew yang terlibat dalam siri ini.





Best tak drama neh? Soalan tu mesti ada pada kau yang tengah baca neh kan? Soalan tu pun pernah ada pada aku juga dulu dan percayalah memang tak sia-sia menonton drama neh. Sebab memang best pun. Ohsem wa cakap sama lue.

Ia mengisahkan tentang dua anggota polis yang mencari keadilan disebabkan ahli keluarga masing-masing dibunuh oleh seorang penjenayah kejam lagi sardastik pada 3 tahun lepas.

Voice Korean Drama

Watak Jin Hyuk digambarkan sebagai polis yang berdedikasi mencari penjenayah. Jujur, cekap dan workholic. Gila kerja sebab gila nak tangkap penjenayah. Satu hari isterinya mati dibunuh oleh seorang penjenayah. Tanpa dia menyedari ada satu komplot yang terancang bagi mencari kambing hitam untuk mengantikan pembunuh isterinya. Kambing hitam tersebut kemudiannya didakwa dan ketika di mahkamah dia tiba-tiba terlepas dari hukuman disebabkan kekurangan bukti.. dan ini semuanya berpunca dari seorang anggota polis wanita yang juga ayahnya mati dibunuh oleh penjenayah yang sama.

Polis wanita tersebut sebenarnya salah seorang saksi yang harus hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan. Ketika memberikan keterangan di kandang saksi, polis wanita tersebut menafikan individu yang didakwa oleh pendakwaraya ialah penjenayah sebenar dalam kes bunuh isteri Jin Hyuk dan itulah yang membebaskan kambing hitam itu terlepas dari dikenakan sebarang hukuman..

Apa yang Jin Hyuk tidak tahu ialah, dia masih beranggapan kambing hitam itu ialah pembunuh isterinya dan membenci polis wanita itu selama 3 tahun kerana membantu membebaskan pembunuh isterinya.

Sebenarnya malam waktu kejadian pembunuhan isteri Jin Hyuk, ayah Kwon Joo (polis wanita) turut mati dibunuh oleh pembunuh yang sama kerana berada di lokasi pembunuhan. Ayah Kwon Joo juga merupakan seorang anggota polis dan sedang membuat rondaan ketika itu. Namun kes kematian ayah Kwon Joo tidak diklasifikasikan sebagai kes bunuh sebaliknya dianggap mati dalam kes langgar lari.

Selepas 3 tahun berlalu, Kwon Joo kembali semula ke Korea dan mencari Jin Hyuk bagi berkerjasama untuk mencari pembunuh sebenar yang membunuh anggota keluarga mereka. Jin Hyuk pada asalnya begitu membenci Kwon Joo tetapi akhirnya mulai percaya kepada kata-kata Kwon Joo disebabkan Kwon Joo ada satu kelebihan yang unik..

Kelebihan itulah yang membuatkan Kwon Joo mengetahui siapakah pembunuh sebenar bapanya dan isteri Jin Hyuk. Nak tahu kelebihan apa yang Kwon Joo ada kau tengokla drama tu sendiri. 😁😁😁😁

Drama ini sebenarnya banyak unsur-unsur saspen dan menyeramkan, bagi yang kurang berani jangan tengok sorang-sorang dan jangan tengok malam-malam.

Episode pertama drama ini, aku tengok sorang-sorang waktu tengah malam sampai terpaksa tutup tv sebab seram sangat. Pengarah langsung tak spare babak pembunuhan. Memang cara pembunuhan sangat kejam, sardastik bagi mengambarkan betapa saiko nya pembunuh tersebut.

Walaupun theme utama drama ini mencari pembunuh sebenar isteri Jin Hyuk dan bapa Kwon Joo namun masih terdapat kes-kes jenayah lain yang dikupaskan secara baik dalam drama ini. Ringkasnya ia adalah satu drama tentang penyiasatan dan agak berat. Kau kena rajin fikir-fikir sikit.  Bagi yang kurang minat drama cinta boleh tonton drama Voice. Ratingnya juga baik dan mendapat pujian ramai. 

Tapi yang paling gile sekali ialah bila kau baca komen-komen netizens yang suka kepada watak pembunuh kejam, Mo Tae Gu. Mo Tae Gu dilakonkan oleh Kim Jae Wook. Rata-rata netizens mengemari watak pembunuh neh bukan sebab apa, sebab dia hensem dan gile. Lakonan Jae Wook dalam drama ini jauh lebih baik dan sesuai dengannya dari wataknya dalam drama Mary Stayed Out All Night tu. Menakutkan dan takde perasaan langsung. Dia berjaya bawa watak pembunuh dengan baik tapi disebabkan dia hensem maka kurang sikitlah rasa benci dan annoyed tu. Masyarakat kan. Suka benda cantik je. 😑😑😑

Time tulis artikel neh, drama Voice masih tinggal lagi beberapa episode. Sekarang neh dah sampai ke episode 14. Rancangan awal patut ada 16 episode tapi ada ura-ura nak menambahkan lagi dua episode untuk menjadikan ia kepada 18 episode sebab mendapat sambutan mengalakkan dari penonton lagipun ratingnya bagus. Apa pun selamat menonton. Dan ingat pesan aku, jangan tonton sorang-sorang di waktu tengah malam ya. 😆😆😆

Updated : Drama ini hanya ada 16 episode dan dah pun tamat. Ura-ura penambahan lagi 2 episode hanyalah sekadar spekulasi semata-mata. 

Related Posts