Anggota Bomba Multi Skill Team (MUST).

Oleh : Mohd Fitri

Anggota bomba Multi Skill Team (MUST) adalah satu kumpulan pakar dalam banyak bidang didalam Bomba Malaysia. Jadi ini saya tulis tentang mereka.

Petang tadi (jumaat) saya telah diajak oleh kumpulan ini untuk sama-sama menyiasat satu maklumat dari orang asli tentang ada satu bau busuk di lereng tinggi dalam hutan simpan Bukit Kinta.

Oleh kerana team MUST yg ajak, jadi saya ikut dan temani mereka. Kami berenam pergi ke tempat itu, mula masuk hutan tebal dan mendaki bukit yg amat tinggi selama 1 jam.

Tiba di tempat petunjuk itu, saya dan ahli MUST itu bergabung ilmu dan memeriksa tempat itu dan jumpa punca bau busuk itu. Banyak lalat dan langau. Selepas itu saya bantu dengan teknik ‘pengesan tempur tentera’ selama setengah jam di situ untuk mengikuti kesan-kesan lain jika ada.

Kesimpulan, kami semua berpendapat, itu bukan bau atau kesan mayat manusia. (Alhamdulillah) ... Kami pun turun dari bukit itu, keluar dari hutan dan terus bergerak ke kawasan lain untuk buat 1 lagi usaha bersama-sama.

Hari ini saya belajar banyak tentang kelebihan anggota-anggota pakar dari pihak bomba. Banyak kepakaran yg mereka ada untuk usaha menyelamat di darat, laut dan udara. Saya tulis ini khas untuk menghargai semua anggota bomba yg telah berusaha sedaya upaya.

Di depan mata saya selama dua hari ini, berbagai usaha dari jabatan2 kerajaan, dari orang kampung, orang ramai yg berduyun dari tempat jauh.. semua berusaha dengan cara mereka. Sebak hati saya nak tinggalkan ayah acap dan adik beradik acap.

Apapun strategi dan perancangan yg telah dibincang dan dirancang oleh keluarga acap, pihak bomba, saya doakan akan berhasil.

Saya sekarang dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Selama 2 hari 2 malam sudah disini, jadi saya kena pulang ke keluarga saya dan masuk kerja esok. Sekian. Assalamualaikum..

‎وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٢٢

“Dan, barangsiapa menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia adalah orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala sesuatu”
(Surah Luqman: ayat 22)

Related Posts