Memahami Krisis Qatar Dan Strategi Trump Untuk Jatuhkan Palestine..

Oleh : Yazid Zul

Krisis Qatar : 3 strategi rahsia Trump nak jatuhkan Palestin... 


Krisis Qatar ni hanyalah sebahagian daripada strategi Trump dan Zionis. Sebelum pilihanraya presiden lagi, Trump sudah berjanji untuk memberikan Jerusalem kepada Israel sebagai ibukota yang baru. 

Israel pun berkempen kuat untuk menjamin kemenangan Trump... dan menang, akhirnya jadi Presiden. Untuk melumpuhkan Palestin sepenuhnya, Zionis memerlukan 3 perkara : 

1. Menghapuskan sebarang pertahanan dan kekuatan ketenteraan/militan oleh Palestin

Selama ni, hanya Hamas dan Hizbullah yang memiliki kekuatan militan untuk memberi sedikit penentangan terhadap Israel. Meskipun begitu, Hizbullah ni militan Syiah. 

Perangai sebenar militan Syiah ni terbongkar dalam krisis di Syria di mana golongan Sunni yang merupakan majoriti di sana (80% lebih) dibunuh oleh Hizbullah dan militan Syiah Iran untuk mengekalkan rejim Basyar. 

Kanak-kanak, perempuan, dan orang awam habis dibunuh. Setengah juta orang terbunuh, kebanyakan Sunni. Kebencian Syiah pada Sunni bukan benda pelik. 

Mereka sangat sangat benci pada para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Osman malah mengkafirkan mereka. Saiyidatina Aisyah iaitu isteri kesayangan Nabi s.a.w pun difitnah mereka sebagai penzina dan macam-macam. Tak pelik pun bila mereka membenci Sunni. Kerana konflik Syria, dunia Islam berhenti memberi sokongan kepada Hizbullah. 

Sekarang, hanya tinggal Hamas. Sebelum ni, Iran banyak memberi dana dan bantuan senjata kepada Hamas kerana Iran benci Israel. Qatar pula, melalui media Aljazeera, banyak mengutuk Israel dan mendedahkan kezaliman rejim Zionis. 

Tujuan strategi baru Trump ni ialah untuk memberi tekanan kewangan kepada Hamas supaya tiada mana-mana negara seperti Qatar berani cuba-cuba memberi bantuan kewangan kepada Hamas. 

Zionis dan Amerika kata Hamas ni kumpulan teroris sedangkan dunia Islam ramai yang mengiktiraf Hamas sebagai sebahagian daripada kerajaan yang dipilih penduduk sana. 

2. Menghapuskan saluran maklumat 

Lebih daripada Hamas, Israel sebenarnya lebih bimbang dengan Aljazeera yang berpusat di Qatar. Qatar pun antara pemegang saham utama Aljazeera. 

Aljaeera sangat vokal terhadap kezaliman rejim Zionis dan berperanan mendedahkan satu persatu agenda Zionis dan Barat. Berbeza dengan CNN, BBC dan sebagainya, Aljazeera dilihat lebih neutral. 

Justeru, Zionis terdesak untuk menghapuskan suara media bebas ini. Memandangkan Qatar menyokong Aljazeera, Qatar harus ditundukkan. 

Tujuan sekatan ke atas Qatar ialah untuk memaksa Qatar menukar polisi mereka yang kritikal terhadap Israel kepada mesra Israel. 

Kemungkinan Qatar diserang secara ketenteraan masih sedikit. Baru ini, Amerika menjual senjata bernilai US17 billion kepada Qatar. Berperang dengan Qatar merugikan barat dan Zionis. Justeru, pendekatan boikot oleh negara Arab yang pro-Amerika menjadi strategi pilihan. 

3. Memecahkan kesatuan dunia Arab

Gulf Cooperation Council (GCC) merupakan gabungan yang sangat kuat sebelum ini. Sebarang usaha hendak menjatuhkan negara Arab agak sukar selama mereka bersatu dibawah GCC. 

Harga minyak dunia yang jatuh kebelakangan ni sangat menyusahkan negara Arab. Berbeza dengan Qatar, Saudi merupakan negara yang besar. Saudi tertekan berikutan harga minyak yang jatuh teruk. 

Sebarang tekanan daripada Trump akan menyukarkan lagi ekonomi mereka. Krisis Qatar ni juga boleh menaikkan semula harga minyak. Ini menguntungkan negara-negara Arab yang merupakan pengeksport minyak. Trump sendiri turut meraikan tindakan negara-negara Arab memboikot Qatar yang tidak mesra Zionis dan Barat. 

Trump mengakui ini merupakan kejayaan lawatannya ke negara-negara Arab sedikit waktu ini. Memecahkan kesatuan dunia Arab penting bagi Zionis. Selepas konflik Qatar, sasaran berikutnya ialah Kuwait. Strategi ini dah lama digunapakai. 

Strategi pecah-perintah ini telah dipakai sewaktu penjajahan barat sebelum Perang Dunia Ke-Dua. Strategi ini juga dikenakan ke atas Iran dan Iraq. 

Iran dan Iraq berperang selama 8 tahun sebelum ini. Barat menyokong Iraq dan Saddam dengan membekalkan senjata. Selepas kedua-dua lemah, mereka menyerang Iraq pula.

Moga info ini bermanfaat.
Wassalam

Related Posts