Bunuh Adik-Beradik Lelaki Apabila Berkuasa (Fratricide).

Bunuh Adik-Beradik Lelaki Apabila Berkuasa (Fratricide)
 
Selain menjadi pembantu/menteri/gabenor yang baik untuk seseorang Sultan, adik beradik Sultan juga boleh menjadi ancaman untuk kekuasaannya.




Dalam sejarah Uthmaniah, apabila seseorang Sultan tidak mengambil pandangan ketua panglima tentera, panglima tersebut hanya perlu sebut, “semoga Allah lanjutkan usia adik tuanku”, yang secara kiasan bermaksud kami akan pujuk adik Sultan untuk merampas tahta.

Selepas tewas kepada Timurlane dalam Perang Kosovo, Sultan Beyazid mati dalam tahanan. Empayar Turki Uthmaniah mula menuju kehancuran. Walaupun keadaan sangat genting, anak-anak beliau mula berperang sesama sendiri untuk menjadi Sultan. Akhirnya Sultan Muhammad l berjaya berkuasa selepas beberapa tahun berperang dan berkonfrontasi dengan adik-beradiknya.

Kemudian Sultan Muhammad l mati, diganti oleh Sultan Murad ll. Kemudian beliau diganti oleh Sultan Muhammad ll (Al-Fatih).

Belajar dari kesusahan datuknya untuk mengekalkan kestabilan empayar hingga hampir hancur samasekali, Sultan Muhammad ll memperkenalkan undang2 baru iaitu seseorang Sultan boleh membunuh adik beradiknya demi kelangsungan empayar. Maka bermulalah tradisi ini selama beberapa generasi.

Contohnya Sultan Salim ll (Khalifah) iaitu Sultan ke-9, selepas pertabalan, beliau menjemput dua orang adiknya untuk makan malam. Tetapi keduanya dijerut dengan tali busur (bow string) hingga mati.

Bermakna, apabila seseorang sultan ditabal, akan ada keranda/mayat yang diusung keluar dari istana. Adakalanya yang diusung ialah keranda kecil milik bayi.

Untuk rekod, jumlah Sultan Uthmaniah ialah 36. Sultan Muhammad Al-Fatih ialah sultan ke-7. Tradisi ini akan diteruskan selama 200 tahun sehingga dimansuhkan oleh Sultan Ahmad iaitu sultan ke-14.

Mengapa Sultan Ahmad?

Boleh jadi, setelah melihat 19 orang pakcik dan saudaranya dibunuh berikutan pertabalan bapa beliau, Sultan Muhammad lll, Sultan Ahmad memansuhkan undang2 yang kejam ini.

Walaubagaimanapun, ancaman adik beradik lelaki kepada Sultan masih tidak dipandang mudah.

Selepas zaman Sultan Ahmad, adik beradik lelaki sultan di’penjara’kan di Istana lama. Lengkap dengan kemudahan yang mewah, kecuali kebebasan bergerak dan bersosial.

Ia dipanggil KAFE (gua/kahf/cave).

Orang yang paling lama tinggal di KAFE ialah Sultan Muhammad Vahdittin, iaitu sultan ke-36 (terakhir) yang dikurung oleh pakciknya Sultan Abdul Aziz. Beliau dikurung selama pemerintahan 3 abangnya iaitu selama lebih 50 tahun!.

Semua ini dilakukan demi kelangsungan kuasa..

(Disediakan oleh Dr Jefri Irwan Harris)

Related Posts