Sisi Negatif Perjuangan Komunis Di Malaysia.

Oleh : FarisJamalludin FJ
 

Ada orang cakap, kononnya Komunis ni digambarkan sebagai pengganas sebab majoritas yang menyertai adalah kalangan orang Cina. Kata depa ada unsur perkauman dalam mencanting rupa perjuangan komunis itu.

Tapi orang-orang ini tak sedar, sewaktu Darurat yang berlaku dalam negara kita pada waktu itu, seluruh rakyat jelata bangkit bangun dan berjuang melawan keganasan komunis yang cuba meranapkan Kemerdekaan Negara yang sudah kita kecapi. Pada awal keganasan Komunis, mereka bertindak ganas keatas orang awam dengan membakar kampong, menyerang bas dan keretapi agar penumpang turun dan kad pengenalan mereka dirampas, mensabotaj ladang dan lombong serta memeras ugut orang kampong agar memberikan wang, beras dan ubatan. Kalau benar mereka mahu lawan British masakan orang awam rakyat Makaya turut jadi mangsa. Pejuang rakyat harus bersama rakyat bukan membunuh dan memeras ugut atau menyeksa rakyat itu sendiri. Inilah yang menyebabkan sokongan keatas perjuangan komunis dalam membentuk republik gagal kerana mereka sendiri belum apa-apa sudah menindas rakyat.

Tau tak, komunis ini memeras ugut orang Cina agar beri wang. Kalau tak bagi rumah kau dibakar atau kau mati. Orang2 Cina di kampong2 yang terletak dipinggir hutan nak tak nak terpaksa ikut kehendak komunis. Kalau kau tak bagi kau mati. Tapi kalau bagi, hidup sudah sedia teruk dan melarat. Makan ala kadar. Kais pagi makan pagi. Sampailah satu tahap semua kampong2 ni dipindahkan dan diwujudkan kampong baru. Barulah orang kampong tak takut lagi. Beras tak kena rampas. Hasil tanaman terjaga, wang pun tidak dirompak sebab ada kawat duri mengelilingi kampong dan siang malam dijaga pasokan keselamatan dan pasokan sukarelawan atau bulantiar. Hidup sedikit baik, tak lagi diganggu gugat komunis dan sayap bawah tanah mereka Min Yuen.

Rakyat pada waktu itu terdiri dari orang-orang kampong sendiri, bangkit dan turut membantu Pasukan Keselamatan dalam mengekalkan keamanan negara.

Di kampong baru, orang-orang Cina menyertai Homeguard dan Special Constable bagi mempertahankan kampong mereka. Ada juga yang menyertai pasukan Polis Hutan, sepert mendiang Yuen Yuet Leng, yang masok Polis dan berkhidmat sebagai pegawai dan anggota Special Branch.

Dikampong kampong Melayu juga sama. Anak-anak muda cepat-cepat mengerumuni tempat daftar untuk masok Pasokan Keselamatan, samada menyertai pasokan polis atau masok tentera. Maka ramailah yang menjadi anggota dan pegawai Rejimen Askar Melayu dan Rejimen Renjer.

Orang-orang India juga tidak terkecuali. Ramai dari mereka menyertai pasokan Polis, begitu juga kalangan Orang Asli sampaikan dalam Pasokan Polis Hutan ada pasukan khusus Senoi Praaq yang menjadi igauan pengganas komunis disebabkan kecekapan mereka menjejak komunis didalam hutan.

Kalau anda pergi ke Muzium Tentera Darat, anda akan jumpa banyak nama anggota dan pegawai Tentera kita yang terkorban sewaktu zaman Darurat pertama dan Darurat kedua. Semua nama mereka terpahat dalam sejarah sebagai orang pejuang yang mempertahankan kemerdekaan dan keamanan negara. Ada Melayu, ada Cina dan ada India, ada orang Iban ada orang Kadazan ada Punjabi. Semua bersatu padu menggembleng tenaga sampai pasti komunis meletakkan senjata pada tahun 1989.

Aneh, kenapa nama-nama seperti C.C Too, mendiang Kanang anak Langkau, mendiang Yuen Yuet Leng tidak diangkat oleh anak muda kini walhal mereka ini pejuang yang sepatutnya kita julang dan kenang pengorbanan mereka.

Aneh kenapa 11 orang anak watan yang gugur sewaktu operasi di Gubir tidak diangkat oleh anak muda kini.

Aneh kenapa perwira kita yang gugur di Ulu Legong, Sungai Sumur, Ulu Keloi dan banyak lagi tidak diangkat sebagai pejuang yang pertahan keamanan dan keselamatn negara sebaliknya ramai sibuk nak julang komunis yang bunuh rakyat awam.

Aneh kenapa orang2 kampong yang sertai Homeguard dan Special Constable tidak kita kenang.

Orang kita ni aneh.




Gambar rakyat awam Semenyih berpiket secara aman menunjukkan mereka tidak menyokong komunis.

Related Posts