KEJATUHAN DAULAH MANILLA 1576,PERANG KASTILLA DAN EMPAYAR BRUNEI DARUSSALAM
Sedarkah bahawa istilah "Borneo" berasal daripada istilah "Brunei",tidak sangkal lagi bahawa seluruh kepulauan borneo pernah menjadi jajahan takhluk empayar brunei darussalam.
Satu-satunya kerajaan melayu yang berjaya mengalahkan kuasa barat iaitu Sepanyol dalam perang kastilla (Castillian War).
Gambar - Filem : Queens of Langkasuka |
Sepanyol mencari perlabuhan baharu tetapi ditolak oleh raja sulaiman.Maka Sepanyol menghantar tentera dipimpin oleh Martin De Goiti menyerang tentera Maniyla dengan sekutunya dari Tondo.Tentera Maniyla dan sekutunya dari Tonso tewas selepas peperangan sengit dengan Sepanyol.
Maka berlakulah "The Fall of Manilla",Kristianisasi berlaku.
Pada 1576,Sultan Brunei iaitu Saiful Rizal berang dengan berita kejatuhan manilla kepada Sepanyol dan berlaku konflik antara Sepanyol dengan Brunei.
Pada 1578,Berlaku pertempuran di laut antara 40 kapal Sepanyol perang dibawah pimpinan gabenor De Sande Picon dengan 30 kapal perang Brunei.Nasib tidak menyebelahi,Brunei tewas kepada armada laut Sepanyol dan Ibu kota Brunei iaitu Kota Batu dikepung oleh Sepanyol.
Pada April 1578,Kota Batu dipertahankan bermati-matian oleh tentera Brunei yang diserang secara bertalu-talu oleh armada kapal perang Sepanyol.Namun,Duri dalam daging masih tak kekok selagi bukan namanya melayu.Pemberontak diketuai oleh Seri Ratna dan Seri Lela telah berpaling tadah kepada baginda sultan dan menyebabkan Sepanyol berjaya menakhluk Kota Batu.Sultan Brunei serta regalia baginda berundur ke hutan borneo.
Pada tarik yang sama,Sultan Saiful Rizal mengatur strategi untuk merampas kembali kota batu dari genggaman Sepanyol.
Pada Ogos 1578,Wabak Kolorea dan Dysentri epidemik telah melanda ke kawasan Kota Batu yang ditakhluk oleh Sepanyol.Pada masa ini,Tentera Brunei dibawah pimpinan Bendahara Sakam menggembleng tenaga dan menyerang Sepanyol di Kota Batu.
Akhirnya,Kemenangan berpihak kepada Brunei Darussalam!
Pada Jun 1578,Sepanyol dibawah pimpinan Gabenor De Sande Picon telah berundur dari Kota Batu akibat tekanan daripada peperangan dan wabak yang menjadi pemangkin faktor utama daripada kekalahan Sepanyol ke atas Brunei Darussalam.
Sultan Saiful Rizal membangunkan semula kota batu dan tentera brunei cantas saki-baki tentera Sepanyol yang berundur,Armada tentera laut diketuai oleh Bendahara Sakam menuju Saba (Sabah) dan Lusong (Luzon) namun gagal.