Kenapa Usia 18 Tahun Digantung Jika Membunuh Tetapi Tak Dibenarkan Mengundi - Helmi Effendy.

Oleh : Helmi Effendy

ANTARA KANAK-KANAK BERUSIA 18 TAHUN DAN ORANG DEWASA 21 TAHUN

"Kenapa usia 18 tahun membunuh kena gantung, tapi tak membolehkan untuk mengundi?" - Hafiz Zainudin

Sebab untuk mempertimbangkan membunuh dan tidak membunuh, hanya memerlukan kewarasan. Tetapi memilih pemimpin, ia memerlukan kematangan.

Gambar - Helmy Effendy
Socrates dah lama bersuara mengenai hal ini dalam allegori beliau mengenai pemilik kedai manisan atau doktor.

“Jika anda sedang menaiki kapal laut untuk melayari sebuah perlayaran, Siapakah yang akan anda putuskan untuk menjadi pihak yang bertanggungjawab mengemudi kapal anda? Adakah sesiapa sahaja? Ataupun anda mahukan orang yang memang mempunyai pendidikan dan pengetahuan untuk memenuhi peraturan dan permintaan sesebuah pelayaran?” tanya Socrates.

“Mestilah yang kedua, itu sudah pasti!”
- Jawab Adeimantus.

“Jadinya, kenapakah kita harus befikir bahawa mana-mana orang tua adalah sesuai untuk menghakimi dan mengadili akan siapa yang harus diangkat untuk menjadi pemerintah sebuah negara?” balas Socrates.

Kesimpulan atau hujah yang cuba dibawa oleh Socrates sebenarnya adalah –

Pengundian di dalam sebuah pemilihan mahupun pilihanraya adalah kemahiran, bukannya sekadar intuisi rawak.

Dan seperti mana-mana kemahiran yang lain, ianya perlu diajar secara bersistematik kepada orang ramai.

Membiarkan rakyat mengundi tanpa pendidikan dan pengetahuan adalah sebuah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana ianya seolah-olah meletakkan mereka (golongan yang tidak bergetahuan) untuk bertanggungjawab “membawa sebuah Trireme (kapal perang greek kuno) pergi belayar ke Samos dalam keadaan rebut taufan.”

Socrates juga percaya bahawa hanya yang berfikir sesebuah isu-isu secara rasional dan secara mendalam yang seharusnya dibiarkan untuk mengundi. Dalam isu ini, orang dewasa pun banyak ditipu oleh politikus-politikus. Mereka percaya pelbagai penipuan seperti hutang negara, sejarah Melayu pendatang dan sebagainya. Kalau orang dewasa yang senang termakan dengan retorik palsu ini, apakah kanak-kanak berusia 18 tahun di Malaysia mempunyai keupayaan rasional mengatasi orang dewasa ini?

Dimana kita telah memberikan hak mengundi ini kepada semua, tanpa meletakkan 'essence' kebijaksaan dan pengetahuan didalamnya.

Malah Socrates sendiri pernah menyebut dan meramalkan perkara ini dengan tepat di mana apabila hak ini telah diberikan kepada semua, ia akan membawa kita kepada sebuah sistem yang dikenali sebagai "demagoguery" - iaitu sebuah sistem yang mana politik berunsurkan populis,menghasut dan eksploitasi keinginan manusia untuk sebuah jawapan mudah.

Socrates pernah meminta kita untuk membayangkan perdebatan pilihanraya di anatara 2 orang calon yang mana seorang adalah doktor dan seorang lagi adalah pemilik kedai manisan.

Dimana Pemilik kedai manisan akan berkata tentang calon saingannya :

“Orang ini, telah melakukan banyak kejahatan pada anda. Dia menyakitkan kamu, memberikan ramuan ubatan yang pahit dan juga memberitahu kamu untuk jangan makan dan minum apa sahaja yang anda suka.

Dia tidak akan menjamu kamu makan ataupun menyediakan pesta makanan yang ‘manis-manis’ macam yang saya akan buat jika saya dipilih kelak.”


Maka Socrates telah mewujudkan sebuah pertanyaan kepada kita untuk untuk mempertimbangkan tindak balas penonton dengan memberikan sebuah persoalan:

“Adakah anda fikir doktor akan dapat menjawab hujah pemilik kedai manisan itu secara efiktif?"
Seperti memberi jawapan yang sebenar contohnya – “Saya telah menyusahkan anda semua dan telah melawan keinginan dan kehendak anda semua hanyalah untuk membantu anda"

Bukankah jawapan sebegini akan menyebabkan kemarahan dan kebencian orang ramai dan pengundi itu sendiri?

Lebih tragis lagi, Socrates sendiri adalah diantara individu yang terkesan akibat kebodohan pengundi dari sistem demokrasi itu sendiri, kerana pada pada tahun 399 SM, ahli falsafah itu telah dibicarakan atas tuduhan palsu kononnya beliau telah merosakkan belia Athens dengan idea-idea falsafahnya.

500 warga Athens ketika itu telah dilantik menjadi juri untuk menimbang kes itu dan akhirnya dengan margin 48%-52%, Bapa falsafah itu didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman mati dengan meminum tumbuhan beracun.

Related Posts