Kenali Bob Thana, Kaum India Yang Menjadi Panglima TLDM Termuda Dalam Sejarah.

Oleh : Syahril A. Kadir

BOB THANA, ANAK INDIA YANG PERNAH SEMBILAN TAHUN JADI PANGLIMA TLDM!

Sebenarnya untuk mengatakan orang bukan Melayu tidak berpeluang untuk menjawat jawatan tinggi dalam pasukan bersenjata negara, itu boleh dikatakan tuduhan yang tidak tepat.




Cuma mungkin jumlahnya tak seramai mereka yang berketurunan Melayu, logik jugalah kerana yang ramai dalam PDRM dan ATM pun orang Melayu, sudah tentu kita nampak 'mereka' sahaja.

Bercakap pasal perkara ini, ramai yang tidak tahu, ada seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berketurunan India, bukan saja mencatat sejarah dilantik Panglima TLDM termuda iaitu ketika berusia 31 tahun, malah hampir sedekad memegang jawatan tersebut!

Laksamana Muda (B) Tan Sri T. Thanabalasingam atau lebih dikenali sebagai Bob Thana adalah bekas pelajar sekolah Victoria Institution (VI) di Kuala Lumpur.

Beliau menyertai latihan pegawai kadet selama enam bulan di Singapura pada tahun 1955 sebelum mengikuti latihan lanjutan di Kolej Tentera Laut Diraja British di Dartmouth,UK selama lebih dua tahun.



Pada April 1958, barulah beliau ditauliahkan sebagai Sub-Leftenan atau Leftenan Muda. Selepas itu, beliau ditugaskan dengan Tentera Laut Diraja British di Scotland dan ditempatkan di kapal frigat HMS Chichester hingga akhir 1958.

Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, beliau bersama rakan-rakan yang lain telah ditawarkan untuk bertugas dengan TLDM. Kecemerlangannya membolehkan beliau dilantik sebagai Panglima TLDM ketika usianya baru mencecah 31 tahun dan bersara kira-kira sembilan tahun kemudian ketika umurnya mencecah 40 tahun.

Beliau yang masih bujang, kini dah pun berusia 83 tahun dan akan diingati kerana adalah pegawai TLDM yang mengilhamkan penubuhan skudron udara dan kapal selam untuk TLDM.

Walaupun telah lama bersara, beliau boleh tersenyum puas kerana cita-citanya masa jadi Panglima TLDM untuk melihat penubuhan skuadron udara dan kapal selam akhirnya telah menjadi ke
nyataan!.

Related Posts