Kenapa Melayu Hilang Keyakinan Pada Parti, Pemimpin & Parlimen?

Oleh : Fathi Aris Omar

Kenapa Melayu hilang keyakinan pada parti, pemimpin dan Parlimen?

Tinjauan UIA, antara Januari dan Disember 2018, menunjukkan Melayu satu-satunya etnik yang menurun keyakinannya terhadap parti politik, pemimpin dan Parlimen sepanjang tahun lalu.

Carta 1


Carta 2

Carta 3

Carta 4


Keseluruhannya, keyakinan rakyat Malaysia pelbagai kaum terhadap parti politik meningkat daripada 60 peratus pada Januari kepada 63 peratus pada Disember lalu. [Carta 2]

Keyakinan Cina meningkat daripada 56 peratus kepada 69 peratus, sementara India pula 50 peratus kepada 74 peratus tetapi Melayu merosot daripada 65 peratus kepada 58 peratus.

Terhadap pemimpin politik pula, keyakinan rakyat Malaysia meningkat daripada 58 peratus pada Januari kepada 62 peratus (Disember) tetapi Melayu menurun daripada 63 kepada 57 peratus. [Carta 3]

Cina lebih yakin kepada pemimpin, meningkat daripada 54 kepada 67 dan India pula lagi besar peningkatannya, daripada 47 kepada 71 peratus dalam tempoh yang sama.

Sewaktu warga Malaysia lebih yakin sedikit terhadap sistem Parlimen, daripada 71 kepada 73 peratus, responden Melayu pula kian hilang keyakinan, daripada 74 kepada 67 peratus.[Carta 4]

Etnik Cina meningkat daripada 70 kepada 78 peratus, sementara responden India pula melonjak keyakinan mereka daripada 65 kepada 84 peratus dalam kajian Jabatan Komunikasi universiti itu.

Perubahan di atas saya rasa berkaitan dengan [Carta 1] yang menunjukkan hanya 26 peratus Melayu menyokong PH di Semenanjung pada PRU Mei lalu.

Sebab itu mereka tidak menganggap PH mewakili kerajaan mereka, tidak mewakili pemimpin mereka. Berbeza dengan etnik lain yang semakin yakin kerajaan sekarang mewakili kepentingan mereka.

Daripada [Carta 1] yang disediakan oleh Ilham Centre ini, walau tidak jelas ini, saya tulis semula jumlah undi yang dikutip PH di negeri berikut [warna merah]:

Kelantan — 9 peratus
Terengganu — 7 peratus
Kedah — 25 peratus
Pahang — 15 peratus
Perak — 22 peratus
[Semenanjung, keseluruhan] — 26 peratus
Perlis — 29 peratus
Pulau Pinang — 29 peratus
Selangor — 39 peratus
Wilayah Persekutuan — 38 peratus
Melaka — 29 peratus
Johor — 31 peratus
Negeri Sembilan — 30 peratus [maaf, tidak begitu jelas dan tidak pasti angkanya]


NOTA : Perkembangan ini, pada hemat saya, tidak begitu bagus bagi kesejahteraan demokrasi Malaysia kerana etnik majoriti jadi pembangkang.

Tidak bagus dengan erti kata persaingan politik ini akan menebalkan lagi garis perkauman. Kita maklum memang isu kaum selalu muncul kuat tetapi gejala selepas 9 Mei ini dijangkakan akan menajamkan lagi isu kaum dan perkauman. Atau, dalam bahasa mudah, politik identiti.

Perkembangan ini gejala pertama dalam negara. Dulu kerajaan pelbagai kaum lawan pembangkang pelbagai kaum, sekarang kerajaan pelbagai kaum lawan pembangkang Melayu.

Sekali imbas, begitulah nampaknya. Apakah kesan-kesan seterusnya, sama-sama kita lihat nanti.

Related Posts