Adakah Rusuhan 13 Mei 1969 Satu Kudeta, Fahmi Soal Tun Mahathir.

Oleh : FAHMI REZA

SOALAN KEPADA DR. MAHATHIR TENTANG PERISTIWA 13 MEI 1969

Salah satu teori konspirasi yang popular tentang peristiwa 13 Mei 1969 ialah rusuhan yang berlaku adalah satu kudeta dari puak pelampau "Ultra" dalam UMNO untuk singkirkan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

 

 
Tunku Abdul Rahman sendiri mengakui bahawa satu perebutan kuasa telah berlaku dalam UMNO pada tahun 1969 oleh puak-puak pelampau dalam UMNO yang dia label sebagai "Ultra". Perebutan kuasa yang menurut Tunku sudah bermula dua tahun sebelumnya mulai tahun 1967.

Kita semua maklum Dr. Mahathir, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang tewas dalam PRU tahun itu (kalah pada calon PAS) telah menulis satu surat yang menentang kepimpinan Tunku, menuduh Tunku "selalu bertolak-ansur dengan tuntutan orang-orang Cina", dan menggesa Tunku untuk meletak jawatan dan bertanggungjawab atas rusuhan yang berlaku pada 13 Mei.

Menurut Tunku ratusan ribu salinan surat itu telah diedarkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO, tentera, polis dan orang awam. Tindakan Dr. Mahathir telah menyebabkan dia dipecat dari Majlis Tertinggi UMNO dan dibuang parti pada bulan Julai 1969. Kerajaan turut mengharamkan surat Dr. Mahathir, dan mereka yang menyimpan dan mengedar salinan surat itu boleh dihukum 3 tahun penjara dan/atau denda RM2,000.

Dalam akhbar Berita Harian bertarikh 24 September 1969, Tunku sendiri berkata "Dr. Mahathir adalah salah seorang daripada kumpulan Ultra" yang berusaha menggulingkan Tunku dari jawatan Perdana Menteri.

Boleh kita dapatkan penjelasan dari pihak Dr. Mahathir sendiri pasal perkara ni? Adakah rusuhan 13 Mei 1969 satu kudeta (rampasan kuasa) dari pihak pelampau Ultra dalam UMNO?

Sumber gambar: Akhbar Berita Harian, 24 September 1969, mukasurat 2

Rujukan: Surat Dr. Mahathir kepada Tunku bertarikh 17 Jun 1969
http://anwarite.tripod.com/mahathir_1969_open_letter.htm

Related Posts