8 Perkara Tentang Urusan Deposit Pembelian Rumah Subsale Yang Anda Perlu Tahu.

Oleh : Salkukhairi Abd Sukor

8 PERKARA TENTANG URUSAN DEPOSIT PEMBELIAN RUMAH SUB-SALE YANG ANDA PERLU TAHU.

1. Untuk pembelian rumah sub-sale, Deposit 10% daripada harga jual beli hendaklah dibayar oleh pembeli kepada Peguam yang dilantik.


2. Sekiranya pembeli membeli hartanah tersebut melalui ejen hartanah berdaftar, 3% daripada deposit tersebut akan dibayar kepada ejen, manakala 7% lagi akan dibayar kepada Peguam pada masa menandatangani SNP.

3. Dalam kes hartanah yang tiada sekatan kepentingan, sebaik sahaja bayaran deposit dibuat oleh pembeli kepada Peguam, Peguam akan melepaskan deposit tersebut kepada penjual atau peguam penjual dalam masa 7 hari daripada tarikh SNP ditandatangani.

4. Tetapi sebaliknya, jika hartanah tersebut tertakluk kepada sekatan kepentingan (consent), peguam hanya akan melepaskan deposit tersebut kepada penjual setelah kebenaran pindah milik diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri.

5. Sama seperti pembelian rumah dengan pemaju, bagi pembeli yang membuat pinjaman LPPSA, mereka boleh meminta pertimbangan daripada penjual untuk menjelaskan bayaran deposit tersebut bersekali dengan baki harga jual beli.

6. Dengan syarat pembeli layak untuk mendapat pinjaman 100% daripada harga jual beli dan pinjaman tersebut di luluskan oleh LPPSA sebanyak 100%.

7. Sekiranya pembeli tidak jadi meneruskan urusan jual beli hartanah, atau pinjaman pembeli tidak diluluskan atau pembeli ingkar terhadap mana-mana terma di dalam SNP, deposit tersebut akan dilupuskan oleh penjual.

8. Sebaliknya, jika penjual pula yang tidak jadi menjual hartanah tersebut, atau sekiranya kebenaran pindah milik hartanah tidak diluluskan atau penjual ingkar terhadap mana- mana terma di dalam SNP, maka deposit tersebut hendaklah dikembalikan oleh penjual kepada pembeli.

Moga bermanfaat.

Related Posts