TAK BAYAR CUKAI TANAH, TANAH ANDA AKAN DIRAMPAS? ZALIMNYA KERAJAAN!
Mungkin anda pernah melihat Notis sebegini (sila lihat gambar) di tampal di pejabat tanah atau di mana mana bangunan kerajaan bukan?
Nampak keras juga bunyinya. Kalau tak bayar cukai tanah, tanah anda boleh dirampas!
"Alah. Cukai tanah je pun..tak sampai RM100 kot. Takkanlah kalau tak bayar kerajaan sanggup nak rampas tanah rakyat. Zalimnya kerajaan!!"
Bagi orang awam, apabila melihat notis sebegitu mungkin begitulah persepsi yang terbayang dalam fikiran mereka.
Mereka akan bayangkan kalau tak bayar cukai tanah, orang pejabat tanah akan pergi kepung tanah/ rumah mereka.
Lepas tu mereka akan bayangkan orang pejabat tanah akan pasang riben merah disekeliling tanah/ rumah mereka dan ditampal di hadapan rumah mereka satu notis yang tertulis "TANAH/ RUMAH ANDA TELAH DIRAMPAS!"
Mereka juga bayangkan orang pejabat tanah akan buat pengumuman dengan healer speaker dari luar rumah mereka dan seterusnya mereka akan diusir keluar daripada tanah/ rumah mereka sehelai sepinggang sambil diiringi oleh pihak polis.
Dengan linangan air mata mereka menjerit memekik, merayu..tolonglah jangan rampas tanah kami!..kami bukan buat kesalahan jenayah pun..kami cuma tak bayar cukai tanah sahaja..mana anak dan keluarga kami nak tinggal kalau kerajaan rampas tanah kami.
Kerajaan zalim..kerajaan zalim..aku tak halalkan semua ini dunia akhirat..ðŸ˜ðŸ˜
Hahaha..dah jadi macam cerita drama swasta lah pulak kan..
Saya percaya inilah imaginasi kebanyakan orang awam apabila membaca Notis di atas.
Sebenarnya persepsi dan imaginasi sebegitu TIDAK BENAR SAMA SEKALI!
Apa yang dimaksudkan dengan tanah anda akan dirampas bukanlah bermaksud tanah anda akan dirampas sebagaimana imaginasi di atas.
Sebaliknya maksud dirampas tersebut adalah tanah anda boleh DILUCUTHAKKAN DAN DIKEMBALIKAN kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Ianya dilakukan melalui satu perintah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara. Perintah tersebut akan di Warta kan di dalam Warta Kerajaan. Tarikh rasmi "perampasan" adalah pada tarikh perintah tersebut di wartakan.
Perintah tersebut hanya akan dikeluarkan setelah pemilik gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pentadbir tanah melalui Notis Tuntutan (Borang 6A) yang diserahkan kepada pemilik tanah.
Dan sebelum perintah tersebut dikeluarkan, biasanya siasatan akan dijalankan sama ada perlu atau tidak tanah tersebut dirampas atau atas budi bicara pihak berkuasa negeri satu tempoh lanjutan akan diberikan kepada pemilik untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah tersebut.
Hakikatnya kerajaan tidaklah zalim sebagaimana yang dibayangkan. Bukan bila tak bayar cukai tanah je tanah anda terus akan dirampas. Dan kalaupun terpaksa dirampas, tidaklah dengan pendekatan kekerasan sebagaimana imaginasi di atas.
Rampasan adalah langkah terakhir sekiranya tunggakan cukai tanah sudah menjangkau jumlah yang terlalu tinggi.
Saya pernah dimaklumkan ada satu tanah yang diberikan kepada satu organisasi ni telah tidak dijelaskan cukai tanah sehingga hampir RM1J. Maka wajarlah kerajaan "merampas" tanah tersebut.
Tetapi kalau setakat tak bayar cukai tanah setahun dua tu, biasanya pejabat tanah hanya mengenakan denda lewat sahaja. Itu pun tidak banyak. Tidak sampai pun 5% drpd jumlah cukai tanah tahunan (tertakluk kepada jumlah sebenar yang ditetapkan oleh setiap Pejabat Tanah dan Galian negeri (PTG).
Pun begitu, selepas ini janganlah pulak buat acuh tak acuh untuk jelaskan cukai tanah anda ya.
Jika anda tak jelaskan cukai tanah anda, bagaimana kerajaan negeri nak ada sumber pendapatan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Jadi sama samalah kita tunaikan tanggungjawab kita untuk menjelaskan cukai tanah.
P/s: Cukai tanah tahun ni dah bayar ke belum? Kalau belum jom kita bayar selepas ni. Jangan tunggu lagi.