Silap Pilih Peguam Urusan Jualbeli Boleh Menjadi Lambat..

Oleh : Salkukhairi Abd Sukor

SILAP PILIH PEGUAM URUSAN JUAL BELI BOLEH JADI LAMBAT

Beberapa bulan lepas saya dihubungi oleh seorang client. Beliau minta saya uruskan pembelian rumah beliau yang dah lebih setahun setengah tak selesai-selesai dengan bekas peguamnya.

Katanya, peguam tersebut bagi pelbagai alasan apabila ditanya kenapa urusan tersebut lambat. Antaranya banyak kes di mahkamah lah, staff bertukar lah, pejabat tanah lambat lah, polisi pinjaman LPPSA berubah lah dan macam macam lagi.


Akhirnya beliau tidak tahan lagi dan mengugut mahu membuat laporan kepada Majlis Peguam. Beliau juga telah bagi kata putus akan menamatkan khidmat peguam tersebut dan minta yuran guaman dikembalikan.

Akhirnya kerana tidak mahu memanjangkan kes, peguam tersebut bersetuju untuk mengembalikan kos guaman yang telah dijelaskan selepas ditolak kos-kos untuk kerja-kerja yang telah dijalankan.

Maka saya pun meminta beliau berjumpa dengan saya untuk saya lihat kesemua dokumen yang berkaitan.

Daripada semakan saya selama tempoh client melantik peguam tersebut selama lebih setahun yang lalu, peguam tersebut hanya telah sediakan SNP dan juga memohon kebenaran pindah milik (consent) sahaja.

Saya tidak pasti kenapa terlalu lama masa yang peguam tersebut ambil. Mungkin juga tempoh untuk mendapatkan consent tersebut memakan masa yang agak sedikit lama. Tetapi mustahil ambil masa sampai setahun lebih. Lagipun saya lihat kes tersebut adalah staight forward case sahaja.

Memandangkan SNP yang disediakan oleh peguam tersebut telah expired jadi saya terpaksa menguruskan kembali semua urusan jual beli tersebut bermula daripada awal. Cuma saya dapati consent tersebut masih valid. Justeru tidak perlu untuk submit permohonan consent semula.

Dalam masa yang sama saya minta client terus submit permohonan pinjaman LPPSA. Dan alhamdulillah tak sampai 2 minggu loan beliau lulus.

Maka saya pun sediakan dan urusan semua dokumen yang berkaitan mengikut prosedur urusan jual beli yang sewajarnya. Alhamdulillah dalam lebih kurang 3 bulan, urusan jual beli tersebut selesai. Client dapat rumah beliau dan owner pun dapat duit beliau.

Owner terkejut kerana beliau dapat duit cepat. Beliau ingatkan perlu tunggu dalam setahun lebih lagi.

Jadi apa yang saya ini nyatakan daripada kisah di atas adalah kita perlu pilih peguam yang betul-betul berpengalaman dan mampu memberi sepenuh komitmen kepada urusan kes kita jika kita tidak mahu urusan tersebut tergendala.

Apabila kita silap pilih peguam, maka ia akan menyebabkan urusan jual beli rumah kita akan tergendala.

Selain daripada itu kita juga perlu memainkan peranan membantu mempermudahkan urusan peguam kita supaya urusan tersebut dapat berjalan lancar. Tidak salah kalau kita sama-sama turut follow up urusan kes kita dengan bank atau LPPSA atau dengan mana-mana pihak yang berkenaan supaya ianya menjadi lebih cepat. Tidak semestinya bila kita dah lantik peguam, kita biarkan peguam yang follow up sepenuhnya.

Pendek kata kerjasama antara peguam dan Client dapat mempercepatkan sesuatu urusan jual beli itu disempurnakan.

Yang penting semua pihak happy. Alhamdulillah.

Sekian, Terima kasih.

Related Posts