6 Relationship Lessons Daripada Drama Romance Is A Bonus Book.

Oleh : Norashikin Ali Amat

6 Relationship Lessons daripada drama Romance is a Bonus Book;



1. Relationship dengan diri sendiri

Dan-i tak harapkan bantuan orang lain untuk bangkit. Dia sedih, menangis semahunya dan pujuk hati. Positif. Tak meratapi nasib diri.

2. Kita takkan pernah boleh kawal orang yang kita sayang


Pasal suami curang. Kau buat lah macam mana pun, jadi isteri yang terbaik. Kalau kata pasangan nak buat hal, dia buat hal jugak. And it's never your fault.

3. Jadi 'rumah' dan sandaran yang kukuh

Eun-ho provide ni untuk Dan-i. Dia sentiasa ada. Dia yakin dan percaya. Keberadaan dia dah cukup. Sama jugak macam keberadaan Dan-i untuk Eun-ho.

4. Apresiasi buat diri


Dan-i merasa bahagia dengan pekerjaannya kerana di tempat kerja, dia dipanggil dengan nama penuh yang sebelum ini hanya; Sayang, Mama yang menandakan peranannya sebagai seorang isteri dan ibu.

5. Menjadi dewasa


Seiring dengan waktu, Eun-Ho menunjukkan Cinta yang sangat dewasa. Dan-i pulak tak mengharapkan lebih atau cinta muluk-muluk sebab penceraian yang pernah dia lalui. Dan-i cuma mahu kerja dan membesarkan anaknya. Tapi, sebab Eun-Ho yang bijak mengurus perasaan, akhirnya dua-duanya jatuh Cinta walaupun Eun-Ho tak pernah pun menunjukkan adegan pengakuan Cinta dengan berlebihan. Yang jelas, Eun-Ho tak pernah memaksa perasaan Dan-i. Dan itu sudah berlaku sejak 20 tahun yang lepas.

6. Buku


Ungkapan Cinta seperti "The moon is beautiful" dalam buku Satsuki Nosume, betul-betul mengesankan. Tanpa menyebut perkataan "I love you", the moon is beautiful sudah cukup menyampaikan rasa cinta kepada orang yang dicintai.

Eun-Ho banyak kali sebut perkataan ni depan Dan-i, tapi Dan-i tak perasan sampailah Eun-Ho bagitahu walaupun mungkin macam bergurau. Dan, ini lah caranya Eun-Ho mengungkapkan Cinta!

Kata Eun-Ho; “You keep saying you have nowhere to go. But stop saying that! I’m your home. You can always come to me.”

Related Posts