Lantik Peguam Untuk Urusan Jualbeli Rumah Tetapi Sekalipun Tak Pernah Jumpa..

Oleh : Salkukhairi Abd Sukor

LANTIK PEGUAM UNTUK URUSAN JUAL BELI RUMAH, TAPI SEKALIPUN TAK PERNAH JUMPA PEGUAM

Pernahkah anda mengalami situasi ini?

Anda lantik peguam untuk uruskan urusan jual beli rumah anda tetapi sekali pun anda TAK PERNAH jumpa PEGUAM anda.


Semuanya berurusan dengan kerani firma guaman tersebut sahaja.

Sebenarnya anda BERHAK untuk minta berjumpa dengan peguam anda. Bukan setakat berurusan dengan kerani sahaja.

Paling kurang pun sekali atau 2 kali. Iaitu ketika menandatangani DOKUMEN JUAL BELI dan DOKUMEN LOAN.

Ini kerana anda WAJIB tandatangan dokumen-dokumen tersebut DI HADAPAN PEGUAM. Bukannya di HADAPAN KERANI PEGUAM.

Hanya peguam sahaja yang boleh menjadi qualified witness dalam setiap dokumen jual beli dan dokumen loan yang ditandatangani. Jika berlaku apa-apa di kemudian hari, peguam yang akan dipanggil sebagai saksi di mahkamah, bukannya kerani.

Jadi jangan ragu ragu untuk minta berjumpa dengan peguam anda. Sibuk macam mana pun peguam tersebut, beliau tidak patut tidak bertemu dengan client. Sebab anda bayar yuran guaman peguam. Bukan bayar yuran guaman kerani peguam.

Jadi fahami hak anda.

Sekian terima kasih.

Related Posts