Konsep Kekejaman Khalifah Pertama Abbasiyyah - Abu al-Abbas as-Saffah.

Oleh : Zamir Mohyedin

Dalam The Prince, Machiavelli menggunakan tokoh Agathocles sebagai contoh penguasa yang kejam tetapi dapat mengekalkan kekuasaannya begitu lama.

Kalau berkongsi dengan orang lain, saya suka gunakan contoh Khalifah Pertama Abbasiyyah - Abu al-Abbas as-Saffah sebagai contoh penguasa yang dapat memanfaatkan kekejaman dengan baik.

Menurut Machiavelli, kekuasaan dapat diperoleh melalui kekejaman dan kerosakan termasuk membunuh keluarga sendiri. Tetapi menurutnya, kekejaman dan kerosakan ini hanya boleh dilakukan bergantung pada keperluan seperti melindungi diri dan memberikan manfaat besar kepada rakyat.

 
Tambah lagi, kekejaman dan kerosakan tidak boleh dilakukan secara kerap. Nak buat, biar sekali buat tanpa perlu ada tindakan susulan.

Kekejaman yang berterusan dan tidak bijak diuruskan akan melahirkan rakyat yang rasa tidak selamat. Pemberontakan akan mudah timbul dan rakyat akan mudah berpaling tadah.

Kekejaman paling popular dilakukan oleh Khalifah al-Abbas adalah membunuh keseluruhan keluarga Umayyah - antara cadangan Machiavelli apabila mahu membangunkan kerajaan baru. Sehinggakan dia digelar sebagai as-Saffah ("blood-shedder").

Tetapi kekhalifahannya diterima rakyat. Pemerintahan baru yang dibangunkan oleh al-Abbas lebih lunak dan lentur berbanding Umayyah.

Khalifah itu juga mula membangunkan polisi yang mana kabinetnya dipenuhi etnik-etnik lain, bukan saja bangsa arab - juga cadangan Machiavelli untuk mengekalkan hubungan dengan rakan sekutu.

Dia tidak melakukan kekejaman selepas itu, apa yang dia buat selama 4 tahun kekhalifahannya adalah melakukan reformasi pentadbiran dan kebajikan rakyat - terutamanya pendidikan. Kekejamannya itu diingati tapi ia tidak memberikan ketakutan pada rakyat tapi rasa selamat dalam diri mereka.

Related Posts