Trailer : Datin ghairah - Hidup mesti seksi !.

Berani dan mengkagumkan.

Syabas.

Bagi aku bukan calang2 orang yang sanggup buat filem bertitle Datin Ghairah dengan tagline di bawah neh ;

==> Hidup mesti seksi tapi jangan seksa.

Barisan pelakon => islam.

Penulis dan barisan krew => islam.

Pengarah dan produksi dan pihak pengiklan => islam.

Bagus. Memang bagus.

Lihat trailer filem bawah neh ;


Trailer di atas trailer versi pendek. Yang neh trailer bagi filem datin ghairah gak. Tapi versi panjang. Lihat bawah neh ;

 

Dan bawah neh antara adegan filem yang maria farida lakonkan dalam filem datin ghairah. 

Peh. 


Neh biasa2 jer. Yang peluk2 pun ada. Baju yang lagi seksi pun ada. Tengok aje trailer di atas neh. Dan bawah neh pula statement Maria Farida tentang filem terbaru nya ;

“Saya rasa, penonton mungkin akan mengkritik cara pemakaian saya dalam filem tersebut. Tapi, saya tidak rasa ia terlalu ‘over’. Nak kata saya seksi sangat pun, tidak lah juga. Orang dulu-dulu rasanya lebih ‘daring’ daripada orang sekarang, tetapi tidak pula diperkatakan.
“Bagi saya, janganlah menghukum terlalu awal dan asyik cari kesalahan orang saja. Tengoklah pula jalan ceritanya macam mana. Lagipun, ini adalah filem komedi dan sejujurnya, saya tidak rasa ia melampau,” katanya.

Aku setuju dengan komen maria farida ==> bahawa orang dulu2 lebih seksi dari maria. Kita sememangnya kena bandingkan kejahatan dengan kejahatan yang lebih teruk lagi. Contohnya kalau kita merompak, orang tue pula membunuh, so ini bermakna ada orang yang lebih jahat dari kita, maka ini mengajar kita bersyukur dan menerima diri dengan seadanya tanpa rasa rendah diri.  Ini satu motivasi kepada diri sendiri supaya faham bahawa setiap perkara jahat yang kita buat, bermakna ada yang lebih jahat lagi. Heh.

Dan maria pun dah berpesan, janganlah asyik cari kesalahan orang jer. Get a life bro, get a life, k. So, janganlah lagi ada yang marah2 dan bising2 pasal filem neh. Kalau nak diikutkan filem barat siap ada aksi romen2 lagi. Yang neh kira okeylah. Bersyukurlah aksi romen2 dan aksi memberahikan dalam filem malaysia lebih rendah berbanding dengan filem negara jiran ye.

Jangan gadoh2 dan dakwah dalam komen ye. Nanti ada yang marah cakap kita sedang melaga2kan melayu dan islam. Silap2 hari bulan dorang kutuk we all dengki pula.. macam mana?

Muahahahaha.. 

Berita penuh kenyataan maria disini.

Related Posts