KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.
Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.
Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.
Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.
Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.
Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.
Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.
Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang. -HD-
Siapakah artis yang dimaksudkan neh? Korang boleh agak2 tak? Citer neh betul ke tak betul ek? Sumber tue nampaknya tahu selok belok kehidupan artis tersebut ek. Siap tahu jumlah nilai dan tahu sangat rumah tue atas nama sapa.. semestinya tak lain dan tak bukan.. ahli keluarga dia juga neh. Seseorang yang ada hubungan kekeluargaan kot dengan artis tersebut..
Jeng jeng jeng..
Tunggu pengesahan lanjut dari artis tue pula. Betul ke tak betul oke.