Johan RajaLawak kena marah sebab hina Pendemo Bersih.

Betul ke video neh menyentuh sensitiviti pendemo2 bersih? Betul ke lawak neh sengaja dibuat untuk menghina dan memperlecehkan pendemo2 bersih 3? Apa kata anda tonton dan menilai sendiri. Lain orang lain pandangan nya.


 

Aku telah meninjau beberapa komen2 yang terbit di youtube. Rata2 marahkan johan kerana membuat lawak yang memperlihatkan seolah2 pendemo bersih menyokong keganasan. Dan di bawah neh pula antara petikan komen luahan peminat johan raja lawak yang dipetik menerusi facebook ;


Ini ialah pendapat peribadi aku sendiri. Macam aku sebut di atas, lain orang lain pandangan. Sebagai artis, pelawak atau apa, sebenarnya johan bebas menyokong sesiapa pun. Kalau dia tak boleh terima bersih dan dia nak meluahkan betapa dia tak boleh terima bersih, itu sebenarnya hak dia sepenuhnya.

Jika kita tidak bersetuju, lawan guna hujah dan video sudah. Buat apa lah nak menghalang2 dia daripada membuat lawak2 politik. Inikan demokrasi. Sesiapa berhak menyokong dan tidak menyokong apa2 parti pun. Ini sesuatu yang kita perlu respect bukan mengawal pemikiran orang lain. 

Yang penting kat sini ialah, apakah dia sedang menyampaikan hal sebenar ataupun melakukan rekaan2 semata2. Dah nama pun lawak, hiburan, kalau dia me-reka2 jalan cerita pun kita tak boleh nak marah sangat. Layan sudah. Jangan terlalu bersikap serius apatah lagi kita tak perlu terasa kerana kita sama kita sedar ia bukan mewakili hal sebenar.

Berasa marah, berkecil ahti atau apa hanya membuktikan bahawa kata2 mereka dalam video tersebut adalah benar. Oleh kerana ia sememangnya tidak benar, maka usahlah berasa marah atau apa. Rileks dah cukup.

Lainlah kalau dia buat video macam shaheizy sam tue. Yang tue jelas bukan lawak malahan fitnah dan auta. Kalau dia buat macam tue, kita boleh juga nak rasa marah sebab terang2 fitnah. Tapi, untuk video macam neh, aku sendiri pun setelah menonton ia langsung tak rasa apa2. Sebab apa? Sebab itukan lawak dan ada kaitan meh dengan bersih? Kenapa aku tengok takde pun? Bai.

Related Posts