Tampar Warga Asing, Polis Panggil Suspek.


Susulan dari penyebaran video seorang pemilik kereta yang menampar pekerja cuci kereta warga asing yang viral di laman sosial sejak sabtu petang, PDRM mengesahkan akan menyiasat insiden berkenaan.

Satu laporan polis telah dibuat oleh pemilik kedai cuci kereta tersebut dan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Rozi Jidin dalam kenyataannya berkata pihak polis akan memanggil suspek berkenaan dalam masa terdekat untuk proses siasatan selanjutnya.

 Pihak polis juga telah mengenalpasti plat pendaftaran seorang lelaki yang menampar pekerja berkenaan. Terdahulu, suspek bertindak menampar pekerja asing berkenaan di sebuah kedai cuci kereta di Subang Perdana sehingga berlaku pendarahan di hidung kemudian mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh. -SeMbangPress.

Kredit gambar : PDRM.

Related Posts