PAS Nekad Halang Pilihanraya PBT Di Penang - Hadi.


Pas akan terus menghalang DAP daripada menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan bagi mengelakkan kawasan bandar dikuasai oleh satu kaum sahaja.

Demikian kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menegaskan usaha 'jahat' DAP itu akan menyebabkan kaum lain khususnya Melayu akan terpinggir.

"Kita tak akan benarkan bandar dikuasai oleh DAP.

"Saya mencadangkan bandar ini mewakili semua kalangan, bukan orang Cina saja, pemandu teksinya, NGOnya, semua ada wakil dalam bandar itu," katanya pada sidang media di SACC, di sini, hari ini kepada pemberita.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berkata DAP perlu berada dalam kerajaan negeri itu bagi menghalang Pas melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat di negeri itu.

Sebaliknya Abdul Hadi membidas tuduhan Guan Eng itu sambil menyifatkan usaha DAP lebih berbahaya kepada masyarakat majmuk di negara ini memetik laporan Sinar Harian.

"Dia buat pilihan raya bandaran, maknanya penduduk saja mewakili bandaran, itu tak betul, salah, konsep kemasyarakatan bandar tak boleh hidup tanpa pelbagai kalangan," katanya lagi dalam sidang media berkenaan.

Related Posts