Sharifah Haslinda & Reezal Merican Dilaporkan Bakal Bercerai.

Pelakon Sharifah Haslinda dan suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal bercerai.

Sebutan perceraian itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi dekat sini kira-kira  pukul 3 petang Isnin lapor Mstar.



Haslinda atau lebih mesra disapa Lynn bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah sebaliknya diwakili oleh peguamnya.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Dalam pada itu Haslinda yang dihubungi pihak media bagaimanapun seolah-olah tidak mengetahui mengenai kes itu.

"Tak ada apa-apa kes pun. Okeylah, saya sedang memandu, nak keluar dengan anak-anak," katanya, tambah laporan itu lagi.

Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua.

Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Lakonan terbaharu Sharifah boleh ditonton menerusi drama Dhia Sofia di TV3 setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 10 malam.

Related Posts