WOW! Cantiknya Rumah Papan Ini.

Inila rumah papan yang sedang popular masakini. Popular sebab ianya diubahsuai dengan begitu cantik sampai kita tak perasan bahawanya luarannya cumalah sekadar papan !!!

Jom tengok gambar.



Dalam bilik dan ruang tamu.




Balkoni. Cantik kan. Tak nampak macam rumah papan pun.



Tangga rumah yang unik. Pernah nampak rumah papan buat tangga macam neh? Tak kan..


Waktu malam. Klasik.

Untuk pengetahuan korang, rumah papan ini telah dikongsikan oleh ramai netizens di laman sosial disebabkan keunikannya dan kepandaian pemilik rumah mengubahsuai rumah tersebut.

Berikut pula fakta-fakta rumah papan tersebut yang diperolehi dari Impiana ;

1.Pemiliknya Dzul Asri dan isteri mengambil masa tiga bulan untuk ubah suai rumah impian mereka yang terletak di Tuaran Sabah ini. Prosesnya bermula pada bulan januari dan ini lah hasilnya setelah tiga bulan.

2. Rumah dua bilik ini di bina atas tanah pemberian orang tua. Kebetulan orang tua pemilik juga tinggal berdekatan dengan rumah mereka.

3.Mungkin ada  yang tertanya-tanya berapa kos untuk mengubah suai rumah sebegini. Kosnya di antara 25 hingga ke 30 ribu termasuk upah tukang, balcony, tangga, bumbung balcony, cat, railing, tiles dan dinding. Kos tersebut tidak termasuk perabot.

4.Apabila di tanya tentang idea menghasilkan rumah papan ini menurut pemilik kebanyakkan idea diperolehi ketika melancong. Kebetulan pemilik dan isteri memang gemar melancong. Jadi tidak hairanlah kan apabila interior dalaman rumah papan ini banyak di pengaruhi elemen Inggeris. Daripada segi pemilihan perabot pemilik memilih "all white & minimalist"

5. Rumah papan ini di bina dan di hias secara peringkat demi peringkat. Pemilik masih sedang dalam proses ubah suai dan menambah baik apa yang perlu.

Pemilik rumah ini boleh diakses menerusi id facebook Asri Meris.

Oleh : Kaki Tinjau

Related Posts