Mahu Beli Power Bank? Baca Info Ini Terlebih Dahulu!

Hampir 89% rakyat Malaysia ( tak termasuk warga asing ) mempunyai smartphone dan tablet yang di usung ke sana ke mari setiap hari. Semahal dan secanggih mana pun smartphone anda, ia tetap tak kan dapat berfungsi jika tiada kuasa bateri nya kan? Apa guna smartphone mahal-mahal, tapi bila member nak pinjam phone battery pulak ‘Kong’ @ habis… Maluu lah abang/kakak..:-)

Jadi,member yang tak jadi pinjam tu pun suggestkan anda gunakan POWER BANK. Tujuan power bank ini hanyalah untuk menyelesaikan masalah besar anda tadi iaitu MASALAH KEHABISAN POWER BATTERY PHONE. 



Tapi mesti anda tertanya-tanya, APA BENDA POWER BANK ni? Apa FUNGSI POWER BANK ni? So, Jom ketahui rahsia di sebalik POWER BANK ini.:- 

1) Apa benda Powerbank ni?

Power Bank adalah suatu alat yang di gunakan untuk mengecas phone atau tablet anda tanpa memerlukan soket. Ia di ibaratkan “extra battery” untuk phone korang. 

2) Power bank ini buatan mana?

Hampir 89% power banks di pasaran sebenarnya di keluarkan oleh negara China.Tak kisah apa brand pun. 

3) Bagaimana saya nak cas power bank ni bila dah low power nya?

Korang boleh cas power bank ini dengan menggunakan charger phone , USB komputer /laptop atau menggunakan power bank yang lain. 

4) Berapa lama tempoh masa untuk cas penuh power bank?

Ia bergantung pada KAPASITI SEBENAR sesebuah model power bank. JIka kapasiti besar, maka ia akan mengambil masa yang agak panjang untuk penuh. Ia juga bergantung pada cas mengecas power bank.Jika anda menggunakan original charger, ia akan penuh lebih cepat berbanding menggunakan USB dari laptop/komputer anda. 

5) Kenapa ada masa power bank saya ambil masa lama sangat untuk penuh walaupun saya guna model yang sama?

Walaupun ia menggunakan cara mengecas yang sama seperti sebelumnya, ia mungkin berbeza di sebabkan persekitaran, suhu, power flow dan sebagainya. Anda DI LARANG mengecas power bank sambil gunakan power bank untuk cas phone. 

6) Apa itu mAh?

mAH adalah milli Ampere Hour, dimana ia adalah unit untuk mengukur kapasiti bateri power bank anda. 7) Dengan power bank yang berkapasiti 12000mAH. adakah ia boleh mengecas phone yang berkapasiti 1500mAh sebanyak 8 kali? Jika kira-kira, mesti lah 8 kali kan?

Ini adalah kesilapan TERBESAR oleh kebanyakkan orang. OK.Untuk mendapatkan kadar mengecas yang tepat, sila gunakan formula ini :- 

(Kapasiti Power Bank X Conversion Rate X Phone Battery Health) / Phone Capacity = Jumlah Cas Phone Anda. Sebagai CONTOH : ( 12000mAh X 0.8 X 0.8 ) / 1500mAh : 5.12 kali ( +/- 4-5 kali cas ) 

8) Apa pulak Conversion Rate ?

Conversion Rate adalah ‘kebocoran’ kapasiti battery di sebabkan oleh SUHU ataupun PCB operation. Normally, kita akan gunakan conversion rate 0.8. 

9) Apa itu Phone Battery Health ?

Secara ringkas nya, ia adalah untuk menunjukkan tahap ‘kesihatan’ bateri phone. Seperti yang anda sedia maklum, bateri phone mempunyai jangka hayat yang akan berkurangan dari masa ke semasa. Sebab itu jika anda beli phone, lebih kurang 7-9 bulan selepas itu, phone anda akan lebih cepat kehabisan power bateri. 

10) Apa itu PCB?

PCB adalah Printed Circuit Board, di mana ia akan mengawal operasi power bank anda.Sama macam mother board laptop/PC anda. PCB yang bagus dan berkualiti tinggi akan menjamin ketahanan power bank anda. 

11) Power bank menggunakan bateri jenis apa?

Kebanyakkan model power bank menggunakan bateri dari jenis Li-thium dan sebahagian nya menggunakan Li-Polymer. 

12) Apa perbezaan anda Li-Thium dan Li-Polymer?

Li-thium mempunyai saiz dan ukuran yang TETAP. Tapi Li-Polymer adalah flexible. Boleh di bentuk mengikut model power bank.

Li-thium akan menghasilkan lebih HABA berbanding Li-Polymer.Jadi, Li-Polymer lebih SELAMAT. Li-thium lebih MURAH berbanding Li-Polymer. Sebab itu lah ada model power bank yang di jual lebih murah.

Li-thium mempunyai kebocoran kuasa yang tinggi. Maknanya anda perlu lebih kerap mengecas power bank dari battery Li-thium berbanding Li-Polymer

Li-thium mempunyai ketahanan bateri yang RENDAH berbanding Li-Polymer

Contoh Mudah untuk bateri Li-thium adalah bateri yang kita pakai seharian. Macam bateri Energizer. 

13) Berapa kapsiti mAH untuk sebuah bateri Li-Thium ?

Kebanyakkan bateri Li-Thium mempunyai kapasiti dalam 1300mAh – 2200mAh. 

14) Berapa banyakkan bateri Li-thium yang di gunakan untuk menghasilkan sesebuah power bank?

Secara AM nya, untuk menghasilkan sesebuah power bank yang mempunyai kapasiti berbeza, pengilang perlu gunakan : 

Power bank using 1pcs 18650 is 1200mAh – 2600mAh
Power bank using 2pcs 18650 is 2500mAh – 4400mAh
Power bank using 3pcs 18650 is 3750mAh – 6600mAh
Power bank using 4pcs 18650 is 5200mAh – 8800mAh
Power bank using 5pcs 18650 is 6500mAh –11000mAh
Power bank using 6pcs 18650 is 7800mAh –13200mAh
Power bank using 7pcs 18650 (no info)
Power bank using 8pcs 18650 is 10400mAh –14400mAh 

15) Ada tak bateri li-thium yang lebih besar dari 2200mAh sebiji?

Ada. Tapi ia terlalu mahal. 

16) Apakah perbezaan di antara branded power bank dan OEM power bank? 

Branded power kebiasaannya di jual dengan KAPASITI SEBENAR dan harga yang lebih tinggi. Jika power bank OEM pula, ia lebih menjual KETINGGIAN KAPSITI dan Harga lebih MURAH walaupun sebenarnya kapasiti sebenar hanyalah 1500-2000mAh sahaja walaupun mereka menjual kapasiti 30000mah-50000mAh. Tolong JANGAN TERTIPU dengan kapasiti yang TINGGI tapi MURAH. 

17) Adakah benar yang branded power bank takkan meletup dan OEM power bank akan meletup?

Secara jujurnya, segala jenis bateri di dunia ini ada chance untuk meletup jika di gunakan dengan cara yang SALAH. Walaupun bateri biasa yang kita selalu guna dan boleh di beli di pasaraya tempatan pun boleh meletup. Tapi, potensi untuk power bank itu meletup adalah hampir 0%. Mungkin ada 1-2 kes dalam berjuta-juta power bank yang telah terjual & di gunakan sehingga sekarang.

Sumber.

Related Posts