Review : Penyidai Dan Ampaian Baju, Tuala Lazada.

Percaya atau tidak yang banyak kali kita sebenarnya tertipu bila membeli penyidai ataupun ampaian baju di website jualan online.

Bila kita tengok pada gambar. Nampak macam kukuh. Nampak macam tebal. Nampak macam utuh. Tetapi apabila kita beli, barang sampai rumah dan kita pasang, kita dapati apa yang ada dalam gambar itu adalah gambar semata-mata sedangkan barang sebenarnya kualiti jauh dari apa yang kita jangkakan.

Oke, kali ini aku nak kongsikan kepada pembaca-pembaca tentang ampaian baju ataupun penyidai baju yang confirm kukuh. Sebab aku dah beli 2 unit dan akan beli unit ke 3. Dalam bulan 2 ataupun 3. Lebih kurang la. Kira tahun depan la tu.



Dah digunakan oleh aku dengan jayanya. Ada dua unit kat rumah. Satu lagi tu berselerak. Malas nak snap gambar. Lagipun benda tak jelas sebab dah guna. 

Ini gambar versi belum guna. Kat Lazada la.


 
 
Gambar tipu. Seriyus macam tak kukuh langsung. Tapi buat aku terfikir-fikir kenapa banyak sangat review positif. Best sellers plak tu.

Aku amek masa 2 minggu. Untuk fikir nak beli atau taknak. Nak percaya pada komen-komen orang yang dah beli ke atau taknak.

Selepas fikir punya fikir maka bulan 10 aku beli satu. Nak try. Aku sebenarnya perlukan dua. Tetapi disebabkan produk neh bagus aku decided nak beli 3 unit. Satu untuk dijadikan ampaian baju basah. 2 untuk letak baju keluarga aku yang bersepah-sepah. Aku jenis malas lipat. Cakap terus terang. Sangkut je segala.

Harga dia mahal juga. Tapi berbaloi dengan kualiti. Baik kau beli benda neh dari korang beli yang harga rm30-45 bagai tu. Yang neh harga 65 + kos penghantaran pada aku dicaj 13 kot tak silap aku, so total 78.00. Aku puas hati sebab dia besi, solid dan kukuh. Kau sangkut la banyak mana pun. Teguh. Nak pasang pun senang. Kau boleh buat sorang bahkan budak2 pun boleh buat. Kalau korang tengah cari ampaian baju, penyidai baju ke nak gantung baju ke apa ke, korang takpayah pening2 nak cari. Beli je benda alah neh. 

Jangan beli yang murah sangat. Aku dah 2 kali. Kecewa. Tak sampai setahun ranap. Harga pun bukan la murah sangat. Yang first 29.90 = rm30.00. Yang kedua rm45.00. Pun jahanam. Tak kukuh. Letak baju lebih sikit, berat sikit dah senget, langgar sikit, dah jatuh mula la senget benget dan menjadi tak kukuh. Betul-betul buang duit. Produk yang aku beli ini oke. Terbaikla. Takyah pening2 nak cari. Tak percaya baca la review produk tu sendiri dari orang-orang lain yang beli oke.

Related Posts