Tutorial Block Video-Video Mengarut Di YouTube Dari Ditonton Oleh Anak.

 
Dah lama saya mencari bagaimana cara nak block semua video-video yang tidak sesuai ditonton oleh anak-anak di laman YouTube, selain dari turn On restricted mode. 

Dah turn On restricted mode pun, video-video itu masih keluar. Ada masanya, saya bagi anak-anak tengok YouTube, video-video ini juga akan keluar. 

Hari ini dah settle, block semua channel-channel yang berkaitan. Jenuh saya buat satu persatu. Boleh block terus dan ada juga yang boleh diblock secara manual. 

Saya sertakan gambar setiap langkah sekiranya ibu bapa nak sekat video-video tak senonoh ini di iPad atau laptop. 


Search 'Video Blocker' di Google Chrome. Pastikan guna Google Chrome ye. Kemudian, click pada Add to Chrome. Automatik akan diinstall. Simple saja kan. Boleh check di bahagian setting browser - extensions untuk pastikan ia telah diinstall. 

Inilah video-video yang mengarut, tidak sesuai ditonton oleh anak-anak. Kemudian, klik pada channel itu. Contoh, 'I love superhero'. Pergi ke channel tersebut. 


Di channel tersebut ada banyak video yang telah dimuat naik kan, click kanan dan pilih opsyen 'Block video from this channel'. 


Kadang-kadang bila search, ada lagi Jadi pergi ke bahagian setting Video Blocker (tanda merah seperti dalam gambar), masukkan nama Channel secara manual dan klik 'Add'. 

Selesai. Channel itu tidak akan dapat dibuka lagi. 


Inilah senarai channel yang tidak sesuai ditonton oleh si kecil telah berjaya diblock. Selamat mencuba! Sila share, semoga bermanfaat buat kita semua dan anak-anak.

Related Posts