Memahami FULL & IRREVOCABLE : Apa Yang Pemilik Tanah Patut Tahu.

Apa itu Irrevocable PA?


Irrevocable PA adalah Surat Wakil Kuasa Tidak Boleh Batal

- Merujuk kepada kuasa yang diberikan oleh Donor kepada Donee yang tidak boleh sewenang-wenangnya dibatalkan oleh Donor melainkan dengan persetujuan Donee ataupun Donee menyerahkan semula kuasa tersebut kepada Donor dengan kerelaannya, atau sekiranya salah seorang daripadanya meninggal dunia, atau hilang ingatan atau disahkan bankrup.

- Misalnya Roy (Donor) beri Irrevocable PA kepada Putra (Donee) untuk majukan tanahnya.

- Maka kuasa tadi dianggap tidak boleh dibatalkan melainkan ianya ditamatkan oleh Roy dengan persetujuan Putra atau kuasa tersebut diserahkan semula oleh Putra kepada Roy atas kerelaannya atau sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia atau tidak siuman atau bankrup.

JANGAN BAGI FULL & IRREVOCABLE PA PADA PEMAJU

Banyak tuan tanah yang kena tipu dengan pemaju dalam urusan JV hartanah. Antaranya pemaju pergi gadai tanahnya kepada bank. Pemaju dapat duit, hutang dia tak bayar, tanah kena lelong. Tuan tanah melopong. Pemaju set up syarikat lain.

Puncanya adalah : Tuan tanah bagi FULL & IRREVOCABLE PA kepada pemaju. Tak tahu apa-apa main sign saja dokumen yang pemaju sediakan.

Bila terkena salahkan pemaju. Pemaju tunjukkan PA. Tengok ni kamu dah kasi saya FULL and IRREVOCABLE PA.

Gambar Hiasan dari Lelong.com

Ini tanah seolah-olah kami yang punya. Kami boleh buat suka hati apa yang kami nak pada tanah nii. Sebab kami ada kuasa penuh. Kami bukan tipu, kamu yang kasi kami kuasa penuh. Siapa suruh.
Akhirnya tuan tanah, tepuk dahi. Tiap-tiap hari naik motor lalu depan tanah sambil cakap pada cucu,

"Tanah ni dulu atuk yang punya. Tetapi kini sudah kena lelong. Masuk angin keluar asap je lah cu..".

Hati-Hati semua. Jangan sekali-kali bagi FULL & IRREVOCABLE PA pada Pemaju. Kalau tak, memang kena "sembelih".

SALKUKHAIRI ABD SUKOR 

Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Related Posts