Tips Pelaburan Beli Rumah Kemudiannya Jual Untuk Dapatkan Pencen Bulanan RM9,000 Sebulan.

Oleh : Harith Faisal

Si A berminat nak beli sebiji rumah ni. Maklumat rumah yang nak dibeli seperti yang tertera kat bawah ni :

Current Market Price: RM220,000
Financing Amount: RM200,000
Financing Tenor: 35 years
Bank Profit Rate: 4.5%
Monthly Instalment: RM947
Current Monthly Rental: RM1,100
Maintenance Fee: RM100
Current Cashflow: RM54

Katakan sekarang umur kau 25 tahun dan kau beli rumah yang berharga RM220,000 macam yang kat atas tu. Saya cuma nak tunjukkan apa akan jadi kat rumah tu selepas 25 tahun. Pada masa tu, umur kau dah 50 tahun.

Katakan pulak, Anggaran Kadar Penghargaan Tahunan (Esimated Annual Appreciation Rate) dan Kadar Penghargaan Tahunan (Annual Rental Appreciation) seperti berikut :

Estimated Annual Appreciation Rate: 5%
Annual Rental Appreciation Rate: 3%

Korang boleh rujuk purata kenaikan harga hartanah dalam Malaysia untuk tahun 1990 hingga 2016 kat bawah ni :


Saya ada kongsikan purata kenaikan harga hartanah Malaysia untuk tahun 1990-2016 dalam channel telegram rasmi saya.

Outstanding Liability: RM90,700
Portfolio Value: RM745,000
Net Worth: RM654,300
Monthly Rental Income: RM2,303
Monthly Cashflow: RM1,357

1. Kalau tak nak jual hartanah ni, kau masih kena bayar ansuran kat bank dan dapat RM1,357 cashflow positif setiap bulan.

2. Kalau kau setelkan outstanding liability RM90,700 tu, kau dapat kutipan sewa penuh sebanyak RM2,303 setiap bulan.

3. Kalau kau jual hartanah ni, kau dapat tunai RM654,300. Letak kat Tabung Haji dan nikmati bonus 4.25% setahun iaitu RM27,800 bersamaan RM2,316 sebulan.

Jadi, inilah dia tiga pilihan asas yang kau boleh pilih untuk kau laksanakan dengan hartanah yang kau beli tu selepas 25 tahun.

Yang pilihan ketiga tu macam best, kan. Tak payah urus penyewa tapi dapat juga pendapatan pasif dengan bonus tahunan.

Tak cukup pencen dengan RM2,316 sebulan? Kau belilah 4 hartanah yang lebih kurang sama potensinya dengan apa yang saya tunjukkan.

Suami beli 2 biji rumah, isteri beli 2 biji rumah. Dua-dua kena ada kesedaran dan ilmu. Ajak pasangan kau baca artikel ni sekali.

Selepas 25 tahun, jual semua 4 rumah, kau akan dapat tunai RM654,300 x 4 = RM2,617,200. Letak semua dalam Tabung Haji.

Bonus tahunan kau dapat RM27,800 x 4 = RM111,200 bersamaan RM9,266 sebulan. Cukup ke tak untuk kau pencen?

Sekadar berangan. Berangan tu kan percuma. Haha! Daripada berangan, kalau kita usahakan jadi realiti, kita akan rasa manisnya nanti.

Related Posts