Resepi Susu Pekat Manis Buatan Sendiri (Homemade).

Oleh : Aleen

Dibawah adalah cara-cara mudah membuat susu pekat manis buatan sendiri hasil ciptaan Aleen sekaligus membantu ibu-ibu berjimat kerana bahan-bahan yang diperlukan tidak akan digunakan sehingga habis dan boleh digunakan untuk masakan lain.

RESEPI SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE :



BAHAN-BAHAN (sukatan cawan & gram) :

→ 1 cawan/100gm susu tepung
→ 2/3 cawan/125gm gula halus (gula biasa pun boleh)
→ 1/3 cawan/60ml air suam
→ 1/4 cawan margerin (lebih kurang 1 sudu makan sukat membukit)


CARA MEMASAK :
    👉 Masukkan air suam dalam blender.

    👉 Kemudian masukkan bahan-bahan lain.

    👉 Kisar halus hingga berkrim (kacau dengan sudu sekali sekala). Jika rasa kurang pekat boleh tambah sedikit susu tepung.

    👉 Sedia untuk digunakan. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara kemudia diletakkan didalam peti ais untuk ketahanan lebih lama.

      Related Posts