Den dengar ada cerita "Diplomat Israel jejak kaki kali pertama di Malaysia" tengah tular.
Nak dekat PRU ni macam-macam cerita ada. Biasalah kita ni pengamal politik fitnah. Kalau dah dapat modal mana nak lepaskan.
Yang fakta : diplomat Israel menyertai Forum Bandar Sedunia ("World Urban Forum" atau WUF) di KL sebagai sebahagian daripada delegasi UN-Habitat.
Yang
auta dan ditokok tambah jadi "headline": kerajaan menjalin hubungan
dengan rejim haram Zionis, kerajaan nak iktiraf Israel, kerajaan jual
negara ke Zionis laknatullah.
Sebelum
nak sembang, kena bezakan antara diplomasi dua hala ("bilateral
diplomacy") dan diplomasi pelbagai hala ("multilateral diplomacy").
Diplomasi
dua hala ni melibatkan dua negara saja. Hubungan Malaysia-US, hubungan
Malaysia-China, hubungan Malaysia-Jepun ni semua dua hala. Hok ni
terserah kepada negara masing-masing untuk menjalin hubungan atau tidak
dengan sesebuah negara.
Diplomasi
pelbagai hala ni pula melibatkan banyak negara atas satu platform.
Contohnya macam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ("United Nations" atau
UN), Pertubuhan Perdagangan Dunia ("World Trade Organization" atau WTO),
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), G20, G7, BRICS (Brazil,
Russia, India, China, South Africa), Pertubuhan Kerjasama Islam
("Organization of Islamic Cooperation" atau OIC) dan banyak lagi. Hok ni
negara perlu ikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh
pertubuhan. Negara kalau nak buat sesuatu perlu mendapat persetujuan
dari semua ahli.
Perjumpaan
WUF di KL ni sebenarnya dianjurkan oleh Program Penempatan Manusia UN
("UN Human Settlements Programme") atau UN-Habitat, Malaysia hanya
bertindak sebagai pemudahcara untuk menunjukkan komitmen Malaysia
terhadap UN. Yang baru-baru ni banyak-banyak negara pakat kutuk Donald
Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel tu UN lah.
Kenapa
diplomat Israel bernama David Roet dibenarkan masuk Malaysia walaupun
Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan? Kerana mamat Roet ni
bernaung di bawah UN-Habitat sebagai wakil Israel. Dia memasuki Malaysia
atas kapasiti diplomat UN-Habitat, bukan sebagai diplomat Israel. Ada
beza tu. Macam masa Luis Suarez bermain untuk FC Barcelona, orang tak
pandang dio sebagai pemain Uruguay.
Di
peringkat dua hala, pendirian Malaysia jelas dan muktamad, Malaysia
tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Israel sejak tahun 1965
selepas Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan "persona non grata" ke atas
wakil perdagangan Israel, Moshe Yegar. Cuma, tiada undang-undang yang
mengatakan orang Israel tidak boleh menjejaki negara kita. Kalau tidak,
tak jadilah Tun M menjemput 14 pelajar Israel dan pasukan kriket Israel
ke Malaysia pada tahun 1997.
Tapi
di peringkat pelbagai hala, Malaysia tidak boleh menghalang kemasukan
diplomat yang mewakili pertubuhan antarabangsa di mana Malaysia
merupakan ahlinya. Diplomat UN ni memiliki pasport diplomatik yang
dikenali sebagai “Laissez Passer” (bermaksud “Let him pass” dalam Bahasa
Perancis). Menurut Konvensyen Kekebalan dan Keistimewaan
Pegawai-Pegawai UN ("Convention on the Privileges and Immunities of the
United Nations") yang dipersetujui oleh Malaysia, kerajaan tak boleh
menghalang kemasukan pegawai UN, dan perkara yang sama termaktub dalam
Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) Tahun 1992.
Adakah
kita boleh bantah kemasukan pegawai UN yang merupakan warganegara
Israel? Boleh, tapi leceh. Ia melibatkan kajian semula ke atas
undang-undang UN dan undang-undang yang sedia ada seperti Akta
Organisasi Antarabangsa di atas.
WUF
ni bukan perjumpaan "high-level" antara pemimpin pun, ia lebih kepada
perjumpaan golongan profesional dari pertubuhan-pertubuhan antarabangsa
mengenai isu perbandaran. Ia bukan pasal Israel atau agenda Israel. Jadi
bukanlah satu masalah kalau kita nak mempermudahkan penyertaan delegasi
UN.
Media
murahan kita pula pergi memetik sumber seperti The Times of Israel yang
kata kononnya Israel memandang berat tentang kehadiran diplomat Roet
dengan harapan ia dapat memperbaiki hubungan Israel-Malaysia. Yang
korang dah tahu Yahudi tu lidah bercabang korang nak percaya buat apa?
Dia orang pun pandai main persepsi lah untuk menjayakan agenda mereka.
Jadi
tak perlu nak mempolemikkan isu dan melibatkan nama pemimpin negara.
Atau acah-acah pandai nak kaitkan nilai dagangan Israel-Malaysia dengan
insiden ini untuk membuat fitnah "Malaysia nak menjalin hubungan dengan
Israel".